MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 14 Mac 2010

WEEKEND D PD

Assalammualaikum semua. Weekend aku g PD ngan kawan kawan opis.Seronok sangat pergi dengan mereka ni. Pergi PD je..sebab dekat dan boleh dikatakan destinasi bajet untuk kami. Yelah booking apartment 3 bilik dekat Bahagian Pengurusan Hartanah BPH. Tambah ,Darab, Tolak,Bahagi seorang je bayar RM16 je.Tempatnya cantik dan selesa. Aku pergi ngan kak zah n anaknya,Ina Piee, Ina Manap dan suami akulah. Sampai sampai kat PD kami singgah kat Teluk Kemang menikmati bekal yang kami bawak dari rumah. Ina Piee masak Asam Pedas Ikan Pari, Ikan Masin Goreng.Kak Zah lak, bawak Nasi,Sambal Ikan Bilis dan Telur Masin.Ina Manap lak bawak keropok keropok.Ecah lak bawak sandwis dan aku lak semestinya benda yang paling senang KFC n Air.Layanlah gambar kami kat Teluk Kemang ni ye.









Sampai kat hotel check in, tukar baju dan terus............keboomm....ke laut.Seronoknya rasa dapat mandi macam ni.Rasa hilang semua masalah.Time ni air tengah pasang.Lama gak berendam kat laut sampai muka pun rasa pedih dah.





Dah puas mandi sudah semestinya rasa lapar.Balik je bilik, mandi, makan lagi. Makanlah apa yang ada.Bekal yang dibawak banyak lagi.Tulah yang kami makan.Sedap...makan ramai ramai macam ni.

a

Aktiviti malamnya....disebabkan hujan kami takleh nak kemana.Lagipun PD.Mana je yang leh g. Pergi karoke jelah. Terselahlah bakat terpendam semua orang.





Time ni suami aku tengah berduet dengan ina laggu doa buat kekasih..dan tiba tiba...balckout.Salah siapakah itu?

Dah blackout rileklah dulu.Macam macam yang kami ceritakan.Seronok ngan mereka ni.Kepala semua ok.Leh gila gila sikit.Leh gelak.....Dah blackout apa lagi.Bergambarlah.Macam macam gaya yang ada

.



Hari ni pulak....Lepas aku, suami aku,kak zah dan anaknya kuar sarap kami ronda ronda lu pekan PD.Habis semua hotel n resort kami masuk.Yang tiga orang tu kami bungkuskan je nasi lemak ayam.Misi utama kami hari ni...jeng jeng banana bot. Mula mula ina takut nak naik.Jadi kenalah suami aku duk depan dia dan aku ditinggalkan sorang sorang kat belakang.



Last last si kecik tu jugak yang depan sebab suami aku lari kebelakang.Mana tak menjerit ina.Dok panggil mak dia je dah.Berendam kat laut dari kul 10 pagi sampai 12.30 tgh.





Sebelum naik bilik ke kolam renang lu. Dok bersihkan bdn bdn yang berpasir.Lama gak berendam kat sini .Dekat nak setengah jam jugak. Tengok jelah gambar gambar kami.





Kali ni aku betul betul seronok.Aku rasa happy sangat.Yelah.G bercuti nak release tension.Nak seronok seronok.Tapi mereka ni best.Best sgt sgt.
Next trip kami...plan nak g jauh ni.Tunggu jelah.Nanti adalah aku cerita.



3 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.