MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 28 Disember 2009

Ahad, 27 Disember 2009

DEMAM DULU DULU -----> YANG MANA SATU PILIHAN KALBU










Sabtu, 26 Disember 2009

AYAM PENYET

Berapa kali dah aku lalu kat KEDAI AYAM PENYET kat Puchong ni baru semalam aku singgah.Pergh................sedap dan membuatkan aku nangis kerana kepedasannnya.Sambal belacannya,,,..........best.Tapi puaslah makan.Sampai hidung aku berair dan mata ini menitiskan air mata.Aku tak tahan pedas.





Jumaat, 25 Disember 2009

AMERICA'S NEXT TOP MODEL S 14








AMERICA'S NEXT TOP MODEL S 15




Rabu, 23 Disember 2009

RINDU KAT SEMUA NI...

Hai semua.Dah lama dah lea tak menaip kat blog ni.Asyik copy & paste je. Dah takde kerja ni....dok diam diam...teringat kisah dulu dulu.Kenangan dulu dulu.Yelah.Bersama mereka yang ada di dalam gambar gambar ini.
Dulu sentiasa bersama.Aku (lea), maya,umie & kak sha. Kalau kat umah lak niza & jijie. Sekarang ada yang dah tukar,& mcm mcm lah.Keadaannya tak sama mcm dulu. Nasib baik ada gambar.Boleh dijadikan kenangan. Tapi serius aku rindukan masa masa gelak bersama, bergurau senda. Sekarang nak bercakap mcm dulu, susah sekali, nak berjumpa mcm dulu memang takde dah. (kena cari masa)Kak Sha...dah pindah ke MOF,(memang jarang dah nak jumpa) MAYA (dah tukar unit) bz je aku nengok, UMIE( dah kahwin .biasalah..aku paham) Niza( dah balik Sarawak dah), JIJIE ( dah sambung belajar kat Sabah) Aku? biasalah.Macam ni adanya. Oklah..layan lah gambar gambar ni..
time ni dekat zoo negara.aku,jijie & niza
BBQ kat umah niza.Aku,jijie, umie,maya & niza.bestnya time ni.time ni umie & her hubby sekarang tgh tgh di lamun cinta
time ni jadi mak andam.hahahhaha.maya, umie dan aku. best gak.seribu satu pengalaman diperolehi

dua gambar ni kat A FAMOSA RESORTS dekat Melaka.Sonoknya time tu.Nak balik KL singgah kat Melaka.Makan asam pedas.Syoknya.....Mirul sekrang pun dah besar dah.Ada adik dah dia.Tak jumpa pun adik mirul.



Ahad, 20 Disember 2009









Jumaat, 18 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH





TAHNIAH



RAJAGOBAL meraikan kejayaan skuadnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0, malam tadi.

Emas ke-40 kontinjen negara sumbangan anak buah Raja

DUA puluh tahun menanti, ianya berakhir dengan nikmat yang sukar digambarkan.

Malaysia kini kembali bermegah selaku juara Sukan Sea apabila menangani dengan bijak segala percaturan dijelmakan Vietnam dalam laluan melakar kemenangan 1-0 pada final, semalam.

Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1979.


Ia juga mengembalikan gembira bergelar juara yang kali terakhir dirasai di Stadium Merdeka, 20 tahun lalu.

"Perasaan ini sukar digambarkan. Ini untuk bola sepak negara. Untuk rakyat Malaysia. Tetapi sekali lagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Kita perlu bersabar untuk melihat skuad negara yang lebih mantap pada masa depan," tegas jurulatih, K Rajagobal.

GOL kemenangan Malaysia bermula detik ini apabila percubaan Norshahrul Idlan Talaha (kiri) terkena pertahanan lawan menyebabkan bola membias sekali gus menewaskan penjaga gol Vietnam, Tan Truong Bui, semalam.

Cuma, Rajagobal tidak lokek pujian kepada barisan pemain yang jelas mencetus rasa bangga buatnya.

Kerana sejak awal permainan, rintangan menanti memang tidak mudah. Vietnam barisan jauh lebih tersusun dan kemas berbanding Laos yang ditumpaskan sebelum ini. Malah untuk beberapa detik awal, mereka lebih kerap mengatur gerak ancaman buat menguji kubu skuad negara.

Selepas saling mematahkan ancaman cuba dijelmakan, Vietnam beroleh peluang pertama pada minit ke-26 apabila umpanan lintang jauh melepasi Mohd Sabre Mat Abu dan S Kunanlan dalam kawasan penalti untuk ditanduk Mai Tien Thanh.

Namun penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sempat melayangkan diri untuk menepis keluar ancaman.

Empat minit kemudiannya, Kunanlan meledakkan rembatan dari jarak 25 meter yang bagaimanapun terus ke dakapan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong manakala umpanan lintang dari sebelah kanan, beberapa minit kemudiannya, melepasi Safiq Rahim untuk menanduk ke sasaran.

Dominasi babak kedua jelas milik skuad negara. Terbukti menerusi cubaan K Gurusamy yang sipi pada minit ke-46, tandukan Ahmad Fakri Saarani yang sedikit melewati palang pada minit ke-57 serta cubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan benteng lawan di atas garisan pada minit ke-62.

Vietnam dipaksa lebih bertahan, dengan dihadkan sesekali mengatur ancaman yang ditangani cantik barisan benteng penuh berdisiplin diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu dan Sharbinee di gawang.

Pemecah kebuntuan gol akhirnya ditemui skuad negara pada minit ke-84. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam.

Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1979.

Ia juga mengembalikan gembira bergelar juara yang kali terakhir dirasai di Stadium Merdeka, 20 tahun lalu.

"Perasaan ini sukar digambarkan. Ini untuk bola sepak negara. Untuk rakyat Malaysia. Tetapi sekali lagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Kita perlu bersabar untuk melihat skuad negara yang lebih mantap pada masa depan," tegas jurulatih, K Rajagobal.

Cuma, Rajagobal tidak lokek pujian kepada barisan pemain yang jelas mencetus rasa bangga buatnya.

Kerana sejak awal permainan, rintangan menanti memang tidak mudah. Vietnam barisan jauh lebih tersusun dan kemas berbanding Laos yang ditumpaskan sebelum ini. Malah untuk beberapa detik awal, mereka lebih kerap mengatur gerak ancaman buat menguji kubu skuad negara.

Selepas saling mematahkan ancaman cuba dijelmakan, Vietnam beroleh peluang pertama pada minit ke-26 apabila umpanan lintang jauh melepasi Mohd Sabre Mat Abu dan S Kunanlan dalam kawasan penalti untuk ditanduk Mai Tien Thanh.

Namun penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sempat melayangkan diri untuk menepis keluar ancaman.

Empat minit kemudiannya, Kunanlan meledakkan rembatan dari jarak 25 meter yang bagaimanapun terus ke dakapan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong manakala umpanan lintang dari sebelah kanan, beberapa minit kemudiannya, melepasi Safiq Rahim untuk menanduk ke sasaran.

Dominasi babak kedua jelas milik skuad negara. Terbukti menerusi cubaan K Gurusamy yang sipi pada minit ke-46, tandukan Ahmad Fakri Saarani yang sedikit melewati palang pada minit ke-57 serta cubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan benteng lawan di atas garisan pada minit ke-62.

Vietnam dipaksa lebih bertahan, dengan dihadkan sesekali mengatur ancaman yang ditangani cantik barisan benteng penuh berdisiplin diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu dan Sharbinee di gawang.

Pemecah kebuntuan gol akhirnya ditemui skuad negara pada minit ke-84. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam.





Sabtu, 12 Disember 2009

TRAGEDI PENGANTIN BARU

Berita ni aku tengok kat berita jam 12 tgh malam semalam. Tapi tak dengar sangat coz aku kat kedai minum semalam.Pagi ni aku terus search kat berita harian.Buat pengantin perempuan sabarlah.Mungkin ada hikmah disebalik semua itu.



TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.


ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.

Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.


Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.



Isnin, 7 Disember 2009

70 Tips Memenangi Hati Isteri Anda

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami atau bakal mendirikan rumahtangga :

1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10) Akui perasaannya bila dia merasa marah. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut dibasuh ke bakul yang dikhaskan.

27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

29) Basuhkan kereta yang dipakainya.

30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

48) Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

52) Solat bersama dan berdoa bersama.

53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.

56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.

60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

~ Hargailah dirinya selagi masih ada... "




RAHSIA HADIAH DAN MAKNA TERSIRAT

hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG - Tanda mesra

RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI - Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT - semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN - mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN - tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HANDPHONE - tandanya kamu tidak boleh jauh darinya

MASUK MEMINANG - tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!




Sabtu, 5 Disember 2009

MEROMANTIKKAN DIRI

Malam malam benda nilah kami laki bini suka buat.Tutup semua lampu dan nyalakan lilin lilin yang cute cute itu.Wangi rumah dibuatnya.Auuuwww romantik yang amat.Hahahaha..Dan duduk di dalam gelap.



,

MY SPY


Hari ini aku dan suami kesayanganku pergi bersuka ria ke IOI MALL PUCHONG.Lama dah aku tak pergi kesana.Yelah..ada je aktivitinya.Dan hari ni aku nengok wayang. Malas nak nengok citer yang heavy sgt.Saja nak tenangkan otak dan tenangkan pikiran.Tengok jelah MY SPY.Lawak jugaklah dan mampu membuat aku ketawa jugaklah.

Filem: My Spy
Bahasa: Bahasa Melayu
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: AC Mizal, Harun Salim Bachik, Hannah Tan, Ridzuan Hashim, Carmen Soo
Tarikh tayangan: 03 Disember 2009

Sinopsis: AJ yang liar dan buta warna. Salleh - seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain. Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.




KUMPULAN PIALA DUNIA 2010

Kumpulan A

Afrika Selatan

Mexico

Uruguay

Perancis

Kumpulan B

Argentina

Nigeria

Korea Selatan

Greece

Kumpulan C

England

Amerika Syarikat

Algeria

Slovenia

Kumpulan D

Jerman

Australia

Serbia

Ghana

Kumpulan E

Belanda

Denmark

Jepun

Cameroon

Kumpulan F

Itali

Paraguay

New Zealand

Slovakia

Kumpulan G

Brazil

Korea Utara

Ivory Coast

Portugal

Kumpulan H

Sepanyol

Switzerland

Honduras

Chile


YANG MANA SATU PILIHAN KORANG NANTI.DIHATI KU INI TETAP BRAZIL UUU OLLS...

BRAZIL

BRAZIL

JOM SAMBA





KETUA PESURUHJAYA BARU SPRM


Mohon berhenti lima bulan awal, Abu Kassim ketua baru SPRM KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru SPRM mulai 1 Januari ini, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang berundur lima bulan lebih awal. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata Ahmad Said, 57, mengemukakan notis bertulis memohon kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010, dipendekkan pada 31 Disember ini. Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sidek berkata, kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Said atas sumbangannya sejak menerajui SPRM mulai 14 Mei 2007.

Difahamkan, Ahmad Said menghadapi tekanan, terutama daripada parti pembangkang yang mendesaknya melepaskan jawatan berikutan laporan indeks rasuah global Transparency International tahun ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-56, berbanding tempat ke-47 tahun lalu.

Kedudukan terburuk Malaysia sejak 15 tahun lalu itu memberi kesan ketara terhadap kewibawaan SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Selain itu, beberapa isu termasuk kes kematian Teoh Beng Hock, 30, ketika disoal siasat di pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai lalu, turut mencemarkan imej suruhanjaya berkenaan.

Rentetan kejadian itu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi di luar waktu pejabat.

Ahmad Said ketika dihubungi Berita Harian, bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sebab beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak perkhidmatannya, lima bulan lebih awal.

Beliau cuma mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim dan berharap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru itu dapat menjalankan tugasnya dengan baik bagi meneruskan kecemerlangan serta meningkatkan integriti SPRM.

Abu Kassim yang menyambut hari jadinya yang ke 49 hari ini, pula berjanji akan meneruskan usaha membanteras rasuah di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan tugas yang sebelum ini dipikul Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

"Dengan pelantikan ini, bermakna saya perlu memikul tanggungjawab lebih besar dengan sebaik-baiknya dalam usaha memenuhi harapan rakyat untuk melihat negara bebas rasuah," katanya.

Abu Kassim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat, memulakan kerjayanya di BPR pada 1 September 1984 sebagai pegawai siasatan.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, juga pernah memegang jawatan Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia serta dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Januari 2007 dan selepas Akta SPRM diwartakan pada 1 Januari lalu, beliau dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

sapa nanti jadi TKP I dan TKP II ye nanti.



Khamis, 3 Disember 2009

HAPPY BELATED BIRTHDAY ECAH

Semalam kami kat bilik surat ngan bilik operator sambut birthday ecah yang ke 19 tahun Tua setahun dah dah ko ecah.Birthday dia pada 1 Disember .Tapi dah birthday dia, dia buat cuti umum sendiri hari selasa tu. Jadi kami yang kat bilik tu, planlah nak celebrate birthday dia semalam.

Plan memang cantik dah.Flow pun mengikut jadual.Ina sepatutnya masuk jam 8.30 , 7.30 dah sampai opis bawak kek SR.Yelah tak nak ecah nampak. Air ngan makanan lain pun siap simpan semuanya.Sehinggalah si Nurul pecah lubang pasal nak order Domino Pizza.Adui...Nurul..Nurul.Selamba dia je nak cakap Dominos bukak jam 10.Luculah.

Riuh dan kecoh Ecah bila Ina keluarkan hadiah, kak Zah bagi hadiah dan bila kek SR dikeluarkan.

HAPPY BIRTHDAY ECAH.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.



acara suap menyuap.

seronoknya ecah dapat hadiah dari kak zah


insan insan yang tak allergic pada kamera