MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 22 November 2009

MENU HARI INI

ayam masak merah
sup ikan merah

kanggkung tumis belacan


Lamanya dah aku tak update blog.Kemalasan betul betul melanda diri aku. Tapi hari ni aku rajin sgt sgt memasak. Oklah layan jelah menu aku laki bini utk tgh hari ini.



Jumaat, 13 November 2009

MALAS


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : 'saya adalah yang paling malas'

Raja pun bertanya : 'apa tahap malas awak?'

Lalu jawab lelaki tersebut :'kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya'.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : 'Saya lebih malas lagi dari dia tuanku'.

Tuanku pun bertanya kepadanya : 'sampai mana pulak tahap malas awak?'

maka jawabnya : 'Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan'.

Maka raja pun terdiam... ..

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: 'saya adalah yang paling malas tuanku'.

Raja pun bertanya: 'bagaimana pula tahap kemalasan awak?' budak itu pun menjawab : 'Nak cite pun malas'..."





MAT ANAK MURIDKU SIRI 1



PART I
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu... . Cikgu nie tak sekolah ke hape??






PART II
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas.."




MAT ANAK MURIDKU SIRI 2

PART III

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: 'Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah'
Mat : 'Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.'

PART IV
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana."


HARI NI AKU.....


Hari ni jam 4.30 dah bangun dah.Ingat nak buat nasi goreng.Aduh....rupanya aku tak masak semalam.Yelah makan KFC.MR SHAM teringin benar nak makan KFC. Last last masak maggie je.Laki aku maggie kari aku lak asam laksa. Aku ingat aku leh tahan lah sampai tengah hari tak makan.Rupanya jam 9 dah bergendang makyung dah perut aku. Yelah selalunya akulah org pertama g kafe beli nasi lemak.Takpe...tunggulah time lunch nanti 12.15.


Jam 11.45 pagi aku dah g cafe ngan IJA.Ingat nak beli ikan kembung bakara.Tengok kembung stim dah teringin aku.Ok..lauk aku tgh tadi kembung stim, sayur pucuk paku masak lemak ngan hati ayam masak kicap. Berselera aku makan . Dah makan semestinya ngantuk yang amat sangat.Dengan sejuknya aircond kat opis...aku dah terlentuk kat atas meja.Last last tertido .Sedar sedar jam 2.30.Aduh...pusing dah kepala gue. Pening yang amat.Mual ada...nak muntah...nak jalan pun rasa nak tumbang.


Dan untuk 1 jam 45 minit seterusnya aku tak buat kerja pun.Melayan kepala yang pening sgt. Jam 4.30 tunggu MR SHAM ambik aku. Buat buat muka sakit dalam kereta..dan


YANG SERONOKNYA....


MR .SHAM masak ok.....Masak simple je. Sambal tumis ikan bilis, telur mata ngan ikan masin. Sedap laki aku masak.Leh masak selalu ye bang.


TERUK KAN AKU....Tapi pening tu memang betul ok.Aku tak belakon pun.Dan sesungguhnya aku bukan pelakon yang baik.


KISAH RABUN


Suatu hari Tan Sri mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri : 'Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.'
Jenet : 'Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.'

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri : 'Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.'
Jenet : 'Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.'


Setelah dua kali ditegur, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri : 'Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.'
Jenet terus ketawa dan berkata: 'Tan Sri... Itu kan cermin. Wajah itukan wajah Tan sri!'"





Pantang Larang Berkaitan Dengan Makan

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...



Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit."



TEKNIK SOLEKAN RINGKAS


"Wajah

Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.

Sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.

“Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air,” katanya.

Bibir

Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

Mata

Jangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda.

“Pilih warna yang sesuai dengan usia, warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik,” katanya.

Alis mata

Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening. Menurut Nurin Adlina, ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah."


PETIKAN DARI BERITA HARIAN






ALHAMDULILLAH



Alhamdulillah.Dipanjangkan usiaku sehari lagi. Selamat hari jumaat semua.

Jumaat penghulu segala hari .

Aku hari ni, kerja...oklah...banyak jugak. Nak tak nak kerja buat.Dah tanggungjawab, Tapi mood tu kurang sebab persekitaran kerja yang tak menyeronokkan.Yelah opis ok tengah renovate.Dengan bunyi tukul, orang dok angkat tu ni, dengan baunya semacam je. Adui...kepala pun boleh pusing jadinya.Jalan dalam opis aku sendiri aku boleh sesat.Yelah kedudukan partion berubah ubah.Dahlah daya ingatan ni kurang dah sedikit.

Serius...aku sekarang ni cepat lupa.Adakah minum air yang dah diamsuk semut takpun suka makan kepala ikan?Aku banyak banyak badan ikan tu kepala memang pujaam hati ku.Lagi lagi ikan sembilang dna ikan kembung.Bagi jelah kepala aku mesti habis aku kerjakan.

Oklah...membebel pulak aku pagi Jumaat ini.

Mulakan pagi anda dengan senyuman.Jangan masam masam muka k.






Rabu, 11 November 2009

SEMUA TENGAH BORING

Malam ni aku tengok insan insan yang ada di rumah aku semuanya keboringan. Tengok rancangan kat tv takde yang best.Nak kuar lak,,,MR SHAM demam...sian dia.Demam demam pun tak macam orang demam.Aku lak dari dekat umah sampailah sekarang ni dok nak booking kat AIR ASIA tak pernah nak dapat.Dah nak sampai proses pembayaran .....ada je halnya.Boring dah aku.Malas.




MR SHAM yang nolong aku dari tadi pun dah takde mood dah.


'dahlah yang, tengah malam kita bangun booking ye.sekarang ni ramai yang masuk kat AIR ASIA tu'


ayat untuk menenangkan isterinya yang sedang kepanasan dan dalam kemarahan. Dah tu dia ambik gitar dan mainkan beberapa lagu kegemaran ku. Senyum simpul gaklah aku. Hahahhaha. Sejuk sikit hati.

SHARMEEN lak main game jelah kerjanya. Tahan satu hari dok main game SIM dia tu.







JOM JALAN JALAN


JOM....SAPA SAPA NAK JALAN JALAN , BALIK KAMPUNG......BOOKINGLAH SEKARANG.TAPI SLOWLAH.AKU DARI TADI NAK BOOKING TAK DAPAT DAPAT. DARI OPIS SAMPAI KE RUMAH.RAMAI ORANG DOK MASUK WEBSITE NI KOT.
uwaaaaaaaaaa....aku nak ballik kuching .Rindu ngan waterfront,kampung tupong, jalan merdeka, manok panggang kubah ria, mee kolok, mee jawa, satay rex, laksa sarwak kat satok.
DAN SEMESTINYA MAK AYAH DAN ADIK ADIK




MAKAN TIME AGAIN N AGAIN

Semalam sekali lagi aku rajin memasak. Semalam MR SHAM ambik aku kat tempat kerja.Yelah mestilah kan sebab dia yang htr aku kat tempat kerja. Balik tu singgah kat pasar tani kat PUTRAJAYA.Adui....kotor selipar aku. becak. Yelah hari lepas hujan.Takpe....demi makan malamku malam semalam aku redahkan juga. Semalam beli sayur, ikan, udang dan sotong.Tengah aku berjalan jalan YAHOO.COM...ikan sembilang. Hmmmm...buat asam pedas syok ni. Akhirnya ikan sembilang berada di dalam periuk di rumah aku.
Ok menu aku semalam
IKAN SEMBILANG ASAM PEDAS
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
TEMPOYAK GORENG
Meh aku tempekkan gambar.
asam pedas ikan sembilan yang membangkitkan selera makan ku.kepalanya yang paling sedap. tu yang buat makan tak hingat.
siput sedut pun tak kurang hebatnya. Nikmat menyedut tu yang buat tak hingat sehingga bertambah nasi di dalam pinggan

tempoyak goreng.bak kata pak sedaraku..patah jari dok melenyek tempoyak. tangkap leleh guna cakap sama lu

KU KEMAMAIAN

Kring.kring....jam locengku berbunyi dan melompat lompat (seperti dalam tv tulah) tapi pada hakikatnya aku perhatikan jam loceng aku tak melompat pun.Baru jam 4.30 pagi.Awal lagi...takpe 5 minit lagi aku bangun.Memang tabiat aku mcm tu.Takpe...takpe...

.

Last last aku bangun jam 6.30 pagi.Melompat aku dari katil.Adui..lewat dah ni...Dahlah masuk kerja jam 7.30 pagi. Memang tak sempat....Takpelah...Naib baik MY SUAMI yang hantar aku.Yahoo.....taklah penat aku berebut dan bergaduh pasal parking selalu. Tapi sian aku tengok laki aku .Dia demam tu.,Tapi dia nak gak htr aku.

Aku sampai opis n punch card jam 7.38 pagi.Dah tau lewat aku jalan lenggang kangkung je.Malas aku nak berlari lari. Buat penat.Memang dah tentu merah. Dan time masuk lift aku berduaan ngan 1 officer kat opis aku. Ofis aku tingkat 5 tapi aku leh tekan tingkat 4. Dah tu aku tersedar salah tekan. Dah tu aku gelak sorang.Officer tu sound aku.Mimpi apa tu , sampai salah tekan tingkat. Memang tengah blur betul. Adui.....

Sampai opis, perut dah bergendang dan main gitar.Simpan handbag, ambik duit terus g cafe bawah ngan ecah.Beli nasik lemak lauk baru, daging ngan telur goreng.Dan harganya RM2.50.Murahnya....Takpe...dia pun tau bulan ni panjang sgt bagi kaki dan tangan kerajaan.Ecah lagi best Kuehteow ngan paru RM1.80 saja.Murah tul.Leh g dan beli selalu kat kedai tu.

Aku pun makan dengan seleranya. Tanpa berbunyi apa apa.Aku menghayati betul makanan yg aku beli. Sebab perut dah tersangat lapar....Alhamdulillah kenyang.Begirulah cerita ceritu aku pagi ni.


SEKIAN TERIMA KASIH.


Selasa, 10 November 2009

MY FRIDGE MAGNET

D ah lama rasanya aku tak upadte pasal hobiku ini.Dan sebenarnya aku dah terlupa pasal hobiku ini.Bukan lupa tapi tak ingat. Dan yang sebetulnya aku berhenti dulu untuk membeli fridge magnet ni sebab tempat aku letak semua FM aku ni terjatuh.Terjatuh betul atas meja kaca.Nasib baik lah meja tu tak pecah.Dan yang paling tak syoknya banyak FM ku yang pecah dan patah.Terpaksalah aku gamkan balik satu satu.

S uami aku MR.SHAM memang faham akan isterinya ini.Ahad lepas g JUSCO EQUINE PARK , dia beli Magnetic White Board untuk aku.Thanks sayang. Dah sampai umah dengan bermalas malasan aku menyusun balik FM ku yang dah ku simpan dalam kotak. SESUNGGUHNYA (hahahahha..ayat tak hingat) banyak jugak FM aku. Dan rasanya tak cukup jugak tempat nak meletakkan kesemua FM ku.

D an sampai ke hari ini 101109 aku tak habis lagi menyusun FM ku ini.MR .SHAM dah tanya bila nak lekatkan semua ballik sebab dia nak gantungkan board tu.'Sabarlah yang.Ayang penat sangatlah.Balik kerja, nak basuh baju, masak, lipat kain. Weekend je ayg boleh habiskan semua ni.' alasan....hahahahha.banyak sungguh alasanmu wahai MONALEA ISMAIL.

ok...ni aku paparkan FM ku yang tak seberapanya ini......
ni sebagian FM aku yang ada dekat peti sejuk
kat belah tepi peti sejuk
yang ada dalam kotak

yang baru di susun

MAKAN TIME AGAIN

Ahad lepas..aku terlebi rajin memasak.Kebetulan sepupuku Sharmeen ada.lagilah rajin aku masak.Sebab dia ni suka sangat makan.Tak padan ngan badan yang slim mlim.Sonok tul...banyak makan tapi badan tak naik naik.Aku lak makan sikit dah naik lagilah makan banyak. Ingat nak diet tapi dah aku masak yang sedap sedap dan seharusnya aku kena makan.Mana boleh.penat tau dekat dapur.Kena makan jugaklah.Oklah menu aku hari ahad tu...



IKAN KELI BAKAR


IKAN SUSU BAKAR


AYAM MASAK KICAP


TUMIS SAYUR KACANG BUNCIS


BUDU


AIR ASAM


Ada budu, air asam memang laju aku makan. Tak toleh kiri kanan lagi. Huhhhh...sedap wa kata sama luu........sehingga enjilat jari.Bau dekat tangan pun sayang nak hilang.suka aku cium tangan aku sepanjang petang ahad tu.hahahahha.terukkan aku.Makan bersila kat bawah..........nikmatnya.......


Klah.korang layan je gambar.



nilah sepupuku sharmeen. dia pun ada blog gak lifebeingme-whenshewasborn.blogspot.com




Ahad, 8 November 2009

LAUTAN MERAH


"TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan.
Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong ‘kuning’ dari Negeri Sembilan
pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi."


Lawak Skima


Satu pagi di stesen keretapi...

Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??


Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."

Kalau aku...aduh...sakitnya hati.Nasib mak cik.Kalau org muda....siap......



Jumaat, 6 November 2009

Rahsia Ladies.....

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________
Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________"
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
________________________________________

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!


BETUL KE NI ??????????????????????

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif


1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit 'Diam, semuanya diam!'.

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. 'Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!'.

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah 'Udaranya cukup tidak disitu?'

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu 'Ini adalah wilayah SAYA'"

KALAU KORANG ,MANA SATU KORANG NAK BUAT EK???