MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 25 September 2009

LUAHAN HATI LELAKI

Dapat dari emel.
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan'.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri say tu main reverse psikologi dengan saya. Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara.Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada> experience dengan isteri pertama-bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak) sedangkan dirumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke?Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial...



CORETAN KEHIDUPAN

Setiap kali beraya di kampung.Pasti konflik ni akan timbul lagi.Aku tak taulah. Bagi aku hubungan , keakraban sesama keluarga itu penting. Yang muda kena hormati org tua.Yang tua harus memaafkan yang muda. Di hari baik, bulan baik nilah kita nak bermaaf maaffan.Jangan ada selisih paham.Entahlah.Aku pun tak tahu.
Teringat aku dua tahun lepas turn balik beraya di Kuching, masalah ni baru timbul. Masa ni aku tak paham lagi. Tak berpikir lagi. Aku pun ikut je. Org tu mengata org ni.Org tu mengata org ni. Aku a;ah jelah.Takut nak menyambung ,kang aku pulak yang dikata menyampai.
Tapi suami aku banyak mengajar aku akan hubungan kekeluargaan.Memang aku sukakan family laki aku. Walaupun semua dah berusia tapi mereka leh bergurau senda. Memang sebuah keluarga yang harmoni penuh keceriaan.
A'ah sekarang aku dah paham.Aku tak kisah org nak ngata sapa ke, org tu ke, org ni ke, ada aku kisah? chak chak. hahahha. Laki aku selalu pesan kat aku buat baik kat org, tak kisahlah org tu suka ke tak kat kita.A;ah betul katanya. Org nak ngata lantak pi lah kan.
Oklah.nak bersiap nak g umah makcik dan pakcik. Ahad ni dah balik dah.Tak taulah 2 tahun akan datang jupa lagi ke tak.Insyallah.Panjang umur, murah rezeki kita berjumpa lagi.



CERITA AZMEER-TANGKAP LELEH

Kring...kring...telefon di umahku berbunyi.
Azmeer@Amir yang jawab.
Rupanya maknya dah suruh dia balik umah.
Muka yang ceria terus berubah.Jadi sedih dan muram. Tak lama lepas tu MYVI putih datang dan mengambilnya pulang. Amir terus bersalam dengan kami sekeluarga dan tiba tiba dia menangis . Sedihnya aku time ni. Aku, yan, mas dan mak juga menitiskan air mata. Aku tak tau apa yang membuatkan azmir seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun menitiskan air mata. Walaupun dia cuma sepupuku tapi kami rapat.Sejak dalam pantang lagi dia dah dok umah kami.Mak dan ayahku dah jaga dia. Aku memang dah anggap dia seperti adik beradik sendiri.Hubungan kami adik beradik sangat rapat. Aku tak pernah menganggapnya sebagai org luar.Tidak sama sekali. Gambar raya kami tahun ini pun ada terselit gambar dia. Nanti kalau dah siap aku upload dekat sini.

Mungkin di hati Amir jugak begitu.Dah dia balik semalam rasa sunyi betul rumah kami. Adik..akak rindukan adik.



auto publish

NAMA PELIK PELIK

Kat sarawak ni kalau hari raya kuih kek memang famouslah.Dengan pelbagai rupa dan rasa.Dan nama pun pelik2x. Rumah aku pun tak terkecuali.Tahun ni kek kat umah simple je.Mak dan adik pompuanku yang bungsu membuatnya. Takdelah kek yang coraknya yang hebat2x tu.Lapis yang simple simple je. Jom layan.....

KEK BUAH

Namanya dibagi mungkin sebab ada banyak manisan dan buah buahan di dalamnya

KEK LAPIS BOOK

Sepatutnya kek nni takde colour.Tapi mak aku dok midified bagi caolour.Mungkin lapisannya nipis nipis(sepatutnya) macam buku tu yang dipanggil Lapis Book

KEK MASAM MANIS.

Dipanggil masam manis sebab ada manisan masam manislah

KEK HARI PARI

Mungkin colournya kot macam hari pari tu pasallah namanya pun hati pari

KEK COKLAT

Sebab banyak coklatlah namanya kek coklat.





Rabu, 23 September 2009

PEDANG DAN KERIS

Laki aku kalau balik Kuching benda lain takdenya nak carik. Tak pedang , keris. Tulah hobi dia.Dekat umah pun banyak dah collectionnya.Entahlah dah dia minat aku ikut jelah. Korang layan jelah gambar gambar yang aku ambik kat kedai ni. Nanti aku upload keris dan pedang yang dia beli.


HITAM PUTIH KEHIDUPAN


Kehidupan ini,adakalanya kita di atas, ada masanya kita di bawah.
Kalau dah kat atas tu kena tengok tengok jugak kat bawah.
Ada masanya manis...ada masanya pahit.
Semuanya mematangkan kita.
Menjadi pengajaran untuk kita melalui kehidupan yang akan datang
Kita sentiasa beringat, berhati hati kerana kita tak tau kan apa yang akan jadi nanti.
Ye...banyak contoh dah kita lihat.
Semuanya menjadi pengajaran untuk kita agar kita tak mengulangi atau buat benda yang boleh memudaratkan diri kita.
Oklah.Nak tido ngantuk Tadi dah puas berjalan.Bukan g umah saudara.Gi Kuching Waterfront.Jalan jalan cuti mata.

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
ekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Selasa, 22 September 2009

TAK BOLEH BLAH

Aku tak suka betullah.MR SHAM kalau saja je aku nak ambik gambar mesti buat muka pelik pelik.Sakit betul hati aku.Dia tahu aku suka bergambar, tu dia buat muka tu. Iskh...geramnya aku.

tengoklah tu. tidolah dia, buat mukalah dia.berlatarbelakangkan ayahku yang sedang mencari ilham


WAJAH WAJAH KEHIDUPAN

Hahahaha.
Tak boleh blah tajuk entry aku nni.
Nilah sepupu kesayanganku.Mak aku jaga dia dari dalam pantang lagi.Sampailah umur dia 12 tahun.Sekarang dia dah 14 tahun.
Dah tingkatan satu baru dia balik kat umah mak ayahnya sendiri.
Tapi kalau cuti gerenti datang jugak kat umah aku.
Ni...raya pertama balik kampung dia ikut terus balik Kuching. Mak ayah aku pun dia panggil mak dan bapak.
Tiap tiap kali raya mesti mak aku akan buat sepasang baju melayu jgak ngan dia.Sedondon ngan kami sekeluarga. Aku jugak tak boleh kalau dia takde. AZMEER ROSLAND.Dah aku anggap seperti adik sendiri. Satu satunya adik lelaki aku. AMIR...kamek sayang ngan kitak. MUah...muah...muahhh.

dia ni memang suka bergambar. suruh je pose macam mana.mesti jadi punya.

HARI RAYA AKU

Hari ni dah 3 hari kita menyambut hari raya. Ye memang aku seronok sangat dapat berjumpa ngan family dan sanak saudara. Alhamdulillah.Dia semakin sembuh. Lega...

Raya pertama balik kampung.Seronok dapat jumpa makcik pakcik dan sepupu sepupu yang 2 tahun sekali aku jumpa. Yelah.Aku ikut turn.Next year aku akan balik ke Teluk Intan. Nengok muka laki aku pagi raya kesian jugak. Sedih je mukanya.Yelah teringat kat keluarga kat kampung. Nasib baik ada 3G leh nengok pak dan mak mertua kat kampung. Meriah je nampaknya.Kak Tun, Nyah , bang Arit balik. Takpe tahun depan kita berkumpul ye.

Oklah. tengah tunggu kawan nak datang. Ramai tul yang datang tahun ni.Tak menang tangan dah aku.Penat.

adik beradik pompuan mak.baru kali ni dapat bergambar bersama

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT PAGI ( 1.52 PAGI )

Masa tengah menaip ni aku dah dekat rumah aku kat Kuching.
Baru tiba jam 10++ tadi. Entahlah...semasa menaip ni pun hati rasa tak tenang, tak seronok..dan macam2x lagi.
Orang nak raya, dekat ngan family mesti rasa seronok kan.Tapi aku...entahlah.Rasa sedih sangat ni.
Aku harap ada sesuatu yang akan mengembirakan hati aku esok hari. Banyak yang kena buat hari esok. Aku harap aku tak bersedih lagi. Moga dia cepat sembuh.Aku sayang sangat kat dia. Tanpa dia mungkin aku takde kat dunia ni.
Maya ...sori ye.Tinggalkan maya sorang sorang. Takpe nanti akak belikan ole ole utk maya dari sini.
Selamat Hari Raya Maya.Bawak kereta nanti hati hati. Jangan bawak laju laju,Pelan pelan je dah cukup.
Buat akak akak dan adik Pegawai Khidmat Pelanggan....Selamat Hari Raya. Semoga bergembira bersama keluarga di hari lebaran nanti.
Buat Ecah....jangan nakal nakal. Rambut kena rajin ikat. Kalau ikat , Ecah nampak comel sangat.
Buat LILI Salonga balik kampung hati hati.Barang kena jaga.Kang kena samun kang.
Buat Nurul yang cute n comel Selamat berhari raya bersama org baru. Jangan sedih sedih beraya umah mertua. Anggaplah mertua macam ibu bapa kita sendiri.
Buat UMI............SELAMAT HARI RAYA......FIRST TIME BERAYA NGAN ABUL.....Mesti syahdu je cium tangan suami di Hari Raya.
Buat kak Shar, kalau baca blog ni, Selamat Hari Raya kak Shar. Maaf kalau ada tersilap kata sepanjang kenal kak shar.
oklah. nak tido.penat sangat......



Rabu, 9 September 2009

Pentas Lakonan

"Dunia ini ibarat Pentas Lakonan,
manusia itulah pelakon utamaNya,
al-quran & as-sunnah skripNya,
Manakala malaikat itulah jurugambarNya, islam jalan ceritaNya,
kiamat itu kesudahan penggambaraNya,
titian sirat sbg red carpet,
Berkumpul di Padang mahsyar adalah tempat menerima penganugerahanNya,
rasulullah s.a.w. 'pelakon terbaikNya', Allah s.w.t adalah juriNya,
Manakala syurga atau neraka itulah trofinya"




Isnin, 7 September 2009

HUJUNG MINGGU AKU


Hujung minggu aku minggu lepas macam biasa je.Takde yang menarik.

Hari SABTU sesudah sahur terus buat adunan KEK LAPIS EVEGREEN. Start buat jam 5.30 pagi .Dha tu dok melapis jam 1 petang baru siap. Adui...penatnya aku.Dahlah ngantuk.Lepas tu g GIANT dalam jam 4 nak beli barang dapur.

Terus berbuka dekat KFC. Rasanya dah lama jugak aku tak makan KFC ni. Nasib baik masa laki order tak ramai org.Lepas tu leh bersusun org dok order.Nasib baik.Kalau tak, waktu berbuka belum tentu leh dapat makan..Masa berbuka tu sebelah meja kami geng budak pompuan.Budak budak SABAH. Macam macam mereka cerita.Seronok aku dengar mereka bual. Yelah pasang telinga jap.Drai hal bf, puasa, raya sampai topik selepas raya.Aku ngan laki aku dok senyum senyum je dengar perbualan mereka..


Lepas tu suami aku bawak aku g UPTOWN SHAH ALAM. Jam 8.50 malam dah sampai.Ok sebab org tak ramai lagi.Senang dapat parking.Takde beli apa pun.Cuma laki aku je beli songkok.Nak sangat pakai songkok tinggi. Dapat jugak.Aku ingat songkok ni murah je.Rupanya mahal jugak ye.RM60 satu.Mak aiii... mahal jugak ye.Takpelah bukan selalu pun laki aku beli. Tapi betullah.Barang-barang lelaki ni mahal kan dari barang org pompuan. Macam baju, seluar, kasut. Pompuan punya senang je nak dapat yang murah. Barang2x aku untuk hari raya semua dah ada dah.Malas dah nak beli lagi.Tapi takleh janjilah.Kang ada yang terbeli lagi.,


Semalam aku buat lagi satu kek.Aku buat KEK BATIK KENYALANG. Ni pun dalam jam 2 baru siap.Penat sangat sangatlah. Lepas habis buat kek aku tido.....Yelah tido jam 2.Bangun jam 4. Terus buat kek.Masa tido harus diganti. Jam 6 kami berdua g Pasar Ramadhan beli lauk buat berbuka. Dah dekat PASAR RAMADHAN tak tau nak beli apa.Sama je dah aku tengok.


Dah malamnya lepas terawih aku ngan laki aku g kuar minum.Dekat je tak jauh dari umah.Aku order TEH O AIS LIMAU ngan kerang bakar.Laki aku order LAMP CHOP ngan AIR TEMBIKAI SUAM. Leh sedap pulak teh o ais limau tu.Aku leh order segelas lagi. Kerang pun habis.Sedap lak kerang tu.Hahahaha.Dah kuat makan semuany sedap je di makan.Mana tak semakin sihat.Alhamdulillah.


Panjang pulak aku menaip ni. Tengah rajin.Klaua tak dok copy paste je kan.Ok semua.Selamat Hari Isnin.Bagi yang bercuti hari ni SELAMAT BERCUTI.SELAMAT BERSHOPING.Bagi yang kerja.SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.




Sabtu, 5 September 2009

MODAL MASA BERCINTA-TUL KE?

Dalam dunia ini tak ada yang percuma.Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur,tapi untuk membinanya perlu lebih dari itu.Walalupun dikatakan ia cinta sejati,cinta sehidup semati ... .. seseorang itu tetap perlukan modal.Mana ade benda yang free beb!!!

1)Bil Telefon
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain.Untuk itu telefon atau telefon bimbit amat diperlukan.Jika sebelumnya bil korang setakat dua tiga puluh ringgit.Tapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda.Mungkin korang boleh berjimat,selain guna surat boleh gak guna burung merpati.Tapi nampak kuno lah pulak kan.


Ni memang terjadi masa aku dan laki aku bercinta dulu.Bil melambung lambung ke udara. Kad prepaid leh buat koleksi. Yelah Percintaan Jarak Jauh.Aku kat Kuching di kat Puchong.Bergayut tiap tiap malam.

2)Kos Makan Minum
Jika dulu korang cuma makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang lak.Maknanya budget pun bertambah ler kan.Nak jimat?Korang boleh ler bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa jer bekal dari rumah setiap kali pergi dating.Emm,nampak klasik lagi romantik kan!
Yang ni tak.Sebab jumpa jarang sekali .Jumpa sesekali.Tapi kalau sesekali jumpa tu penuh jugaklah meja.

3)Masa
Kalau dulu korang mungkin banyak masa terluang.Boleh lepak sorang-sorang,boleh lepak dengan kawan-kawan.Tapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak.Mana nak temankan si dia shopping,tengok wayang,jalan-jalan dan sebagainya.Memang memenatkan! Korang boleh buat trick terlupa untuk selamatkan diri,tapi nanti mungkin korang terpaksa buang masa yang banyak pulak untuk memujuk si dia yang merajuk.
Sebab PJJ aku tak melalui semua ni.Semuanya tetap sama bagi aku ataupun laki aku. Yelah jumpa sebulan sekali. Tak mengganggu masa kamilah.

4)Tambang
Bagi yang takder transport sendiri tambang bas atau teksi pasti akan bertambah.Yang ade transport sendiri lak pastinya duit minyak akan melambung naik.Maklumlah susah nak tolak permintaan si dia yang ajak ke sana ke mari.Hanya ade satu cara nak jimatkan kos,jalan kaki ! Tapi kalau buat selalu,lepas ni mungkin korang akan jalan sorang-sorang! Si dia ikut atau cari yang lain.
Yang ni mungkin utk laki aku kot. Dulu kena ambik aku kat KLIA.Bawak aku jalan jalan. Hantar ke KLIA balik. Waktu tu semua sanggup..Tapi sekarang pun dia tetap macam dulu.Tak berubah.Nak hantar aku kerja.Ambik aku kecuali dia outstaion.Kena sendirilah drive.


5)Pakaian
Korang terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru.Si dia tentu tak suka kalau korang pakai selekeh atau ala kadar.Tambah pening bila si dia nak korang berpakaian ikut citarasanya yang tinggi.Tambah-tambah pening bila si dia minta korang belikan pakaian untuknya pulak

Pakaian....aku tak kisahlah macam mana pun dia.Tapi dia memang simple je orgnya. SImple sgt sgt. Aku terima dia seadanya.Begitu juga dia.

2 tahun berkawan

Kami bertunang 15 minit

Akad nikah

Bersanding

Bertandang

Sekarang dah masuk tahun keempat kami bersama.

Hampir 6 tahun kenal dia.

Alhamdulillah.

Moga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.




FAHAMI BAHASA CINTA SUAMI


Pernahkah anda dengar cerita dari rakan-rakan anda yang mengatakan suami mereka tidak pernah mengungkapkan kata cinta kepada mereka walaupun sudah berumah tangga bertahun-tahun lamanya? Emmm…adakah benar cinta itu boleh dinyatakan dengan kata-kata? Mari kita cuba memahami bahasa cinta suami melalui hasil tulisan Zaharah Manap, majalah Pa&Ma keluaran Januari 2007. Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata “I love you”, “kaulah kekasihku”, “Oh…my soulmate”, atau “You know how much I love you…” dan sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud “Aku cinta pada mu” yang mungkin anda tidak perasan.



Berikut antaranya:


1) Pandangan mata

Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.


2) Ingat makanan kegemaran anda

Mengingati makanan kegemaran anda adalah slah satu tanda cinta yang selama
ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual
kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan
kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.


3) Berbicara tentang masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang.
Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini
tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda
selama-lamanya.


4) Menghargai hadiah anda

Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan.
Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu
kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.


5) Selalu di sisi

Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!


6) Lakukan bersama-sama

Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar
dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.


7) Rahsia Pasangan

tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa
sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi
bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah
dikatakan cinta.


8 ) Rela menjemput Anda berada
dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami
anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini
sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan
anda.




Selasa, 1 September 2009

HARI NI HARI SELASA

Nape hari ni aku ngantuk sgt ni.
Nak dikata tido lewat, awal.Jam 9 dah tido dah.
Malas tul nak g kerja hari ni.Yelah dah lama cuti....
Laki aku takde lagi minggu ni.Dia g Segamat.Lepas tu g Mersing.
Tak Jumaat , Sabtu baru balik.Huhuhuhu.I'M ALONE.
Hujung minggu ni plan nak buat kek lapis.Buat 2-3 kek cukuplah.
1 kek di bahagikan 2.Satu bahagian untuk aku.Satu bahagian lagi untuk mertua aku.
Family aku tak payah.Mak aku dan adik adik dah buat.Aku tukang bawak biskut je dari sini
Uuhhhhhhh.Bahan untuk buat kek kat sini mahai betui.
Mentega GOLDEN CHURN yang mcm butter cup tu kat GIANT tengok dah RM7.49.Tu benda wajib yang mesti ada dalam KEK LAPIS SARAWAK.Satu kek dah 2.Kalau 3 ..... Tepung hong kong dah kirim kat umi dah hari tu.
Boleh ke dua hari aku buat 3 kek?
Aktiviti jalan jalan lagi.Tapi memang kena buat gak.Tu je masa yang ada sebab 11.09 nanti nak balik kampung kat Teluk Intan.Memang wajib pergi sebelum aku balik Kuching 18.09 nanti.


KUCHING...TUNGGU KEDATANGANKU.RINDU NI.......
KEK LAPIS YANG AKU PLAN NAK BUAT
(google search)
KEK LAPIS BOOK
KEK MASAM MANIS

KEK LAPIS SISIK IKAN

KEK LAPIS EVEGREEN