MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 31 Ogos 2009

WARISAN KITA

HAYATILAH LAGU INI

video

Anak Kecil Main Api

Terbakar Hatinya Yang Sepi

Airmata Darah Bercampur

KeringatBumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya

Tergadai Seluruh Harta Benda

Akibat Sengketa Sesamalah Kita

Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini

Warisan Berkurun Lamanya

Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain

Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh KelamKan Lenyap Peristiwa Semalam

Tertutuplah Hati Terkunci Mati

Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa

Yang Akan Menentukan Bangsa

Bersatulah Hati Bersama Berbakti

Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa

Majulah Dengan Gagah Perkasa

Jangan Lalai Teruskan Usaha

Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

12.11 tgh malam 31.08.09




SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 2




Malaysia oh tanah airku
Malaysia oh tanah airku

Tanah tempat tumpah darahku

Negeri elok amat kucinta

Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas

Tumbuh-tumbuhan hijau merendang

Bukitmu lurusnya terbentang

Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia

Negeri yang kaya raya

Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia

Pusaka tinggalan moyangku

Tetap sentosa hidup merdeka

Malaysia tanah airku


MERDEKA



MERDEKA



MERDEKA

Sabtu, 29 Ogos 2009

HARI KE8 PUASA

Jam dah menunjukan jarum panjang ke 58 minit.Jarum pendek ke angka 6.Aku bangun sahur jam 4.30 pagi tiap tiap pagi.Aku panaskan lauk, panaskan nasik baru kejutkan suami aku.Kalau dia adalah. Dia tengah tido tu.Sian dia...malam tadi jam 2 pagi tadi baru sampai dari Johor. Lepas sahur, solat subuh tido balik.Takpelah....Aku lak tak leh tido. Lepas sahur, kemas dapur, basuh kain, sidai kain, solat subuh, ingat nak tido balik.Tak boleh jugak.Last last online je lah.



Aku tak berapa nak sihat untuk dua hari ni. Ni pun masih sakit sakit lagi.Takpelah...Kuatkan semangat. Sakit jangan diikut sangat.Dua hari lepas sedih na rasa,Dah sakit, suami takde di sisi, nasib baiklah klinik dekat.Boleh drive sendiri.Tapi aku paham, dia takde dia kerja, cari rezeki ,utk aku jugak.


Hari kedua nasib baik abang ipar dok dekat ngan aku.Leh tolong bawak ke klinik. Kalau family aku dekat kan sonok. Masa sakit nilah leh manja manja kat mak. Huhuhu.Sabar...mereka jauh kat Kuching.Mak, ayah...yan, ijah,,amir...akak rindu sgt sgt.Sabar k. 18.09 tok akak balit raya.Raya ni sekejap je balik sebab laki aku ada hal lepas tu.Takpe...aku tak kisah. Tapi dia janji tahun depan ambik cuti lama sikit kita balik Kuching.Kalau balik kampung dia kat Teluk Intan tiap tiap minggu leh balik.


Hari ni nak masak apa ye? Baru lepas sahur dah plan nak masak apa petang. Kadang-kadang dah tak tau nak masak apa dah.Asyik asyik ulang menu yang sama. Tengoklah nanti.Nilah gayanya seorang isteri.Ni aku yang bekerja.Bagi yang bekerja mcm manalah ye.Dok umah. Tapi yang suri rumah sepenuh masa mereka leh buat kerja umah dgn teratur.Time sapu sampah , sapu sampah.Kemas umah, basuh kain, masak. Bagi aku yang berkerja....Malam baru basuh kain , sidai kain.Balik kerja sampai umah jam 5+ baru kelam kabut nak masak.Malam baru nak lipat kain.Rasanya umah aku seminggu sekali sapu sampah dan di kemas kot.Nasib baiklah laki aku ni jenis yang suka bawa penyapu.Hahahaha.Leh tolong aku sikit. Kain baju lepas lipat letak dalam bakul besar, hari Sabtu baru masuk dalam almari.Tulah rutin aku.Tu lom ada anak, kalau ada mcm manalah nanti ye. Takpe...lom rezeki lagi.Berusaha gak ni...tapi tak jadi jadi...hahahhaa. STOP.


Ok semua.Selamat berpuasa di hari sabtu.tak g shoping ke?org goment dah gaji kan selasa lepas....


SELAMAT BERPUASA DARI SHAM DAN MONALEA

Rabu, 26 Ogos 2009

AWALNYA....

Pagi tadi aku punch card jam 6.33 am.
Fuyoooooooo...
awalnya....
Adakan aku bermimpi...
Sambil mencubit-cubit pipinya yang tembam.hahahahha.
Aduh...sakit...
Itu bermakna aku tak bermimpi.
Ini kenyataannya ok.....
Lepas sahur, aku mandi, sembahyang subuh, terus start enjin kereta dna menuju ke opis.
Aku tukang bukak opis.
Dari....
Dulu (memang aku tukang bukak opis)
Kini (bukak opis jugak tapi kadang-kadang)
Selamanya...ni tak tau lagi

06.33 pagi

tukang bukak opis.....

opis yang masih sunyi sepi

SEMALAM PUNYA CERITA

Semalam dah sorang-sorang je , aku dok memasak tunjuk tunjuk je kat bazar ramadhan.Sebelum tu dah beli lauk jugaklah kat Mak Marezan.Makcik yang kerja kat opis tu.Dah masuk 3 kali puasa aku kat sini , selama tu jugaklah bulan puasa , dia dok menyorong troli yang penuh dengan makanan dan akan habis sebelum jam 2 petang.Dia start berniaga jam 1.0 petang dekat dengan lift.

Petang tu g pasar ramadhan aku beli ayam percik, ikan bawal sweet sour , nasi ayam ngan air kelapa. Nasi ayam ngan ayam percik aku makan time berbuka. Time berbuka...lagilah sorang sorang, sunyi betul rasanya.Teringatlah pulak family kat Kuching.Mak ayah, adik adik. Dan yang paling teringat bubur pedas mak aku buat. Sedap......adui...sedihnya aku....Sorang-sorang...Tangkap lelehlah pulak.

bubur pedas.terliuq dah aku ni.

sedih...sunyi...sedap aku sorang-sorang kat umah..uwaaaaaaaaaaaaaa

Semalam letih betul rasanya.Lepas berbuka, aku sembahyang maghrib, lepas tu landinglah kat sofa kat umah.Landing.terus sampai ke Sarawak.Tak pun Kluang...hahahahha.(Laki aku kat sana.)Aku tersedar jam 11.00 .Ayo..yo..yo...amma.....appa....Kelam kabut aku ambik air sembahyang, sembahyang isyak dah tu.boommkan diri atas katil.Tido.........ZZZZZZZZ

lena aku tido semalam...penat woooooo
Sekian, terima kasih

Selasa, 25 Ogos 2009

DAH 4 HARI KITA BERPUASA

Selamat berpuasa semua.Hari ni dha hari ke4 kita berpuasa.Sekejap je rasanya kan. Habis minggu ni, Isnin pulak cuti..10 hari kita berpuasa.Tinggal 20 hari lagi.Tak lama lagi raya.

Semalam aku tak masak.Masak nasik je. On the way balik suami aku cakap tak yahlah masak.Beli je lauk. Untuk berbuka kami beli pajeri terung, siput sedut masak lemak, sayur keladi, udang masak sambal dan ikan keli dan kembung bakar.Kuih lka buah melaka ngan murtabak daging. Bnyak betul kan lauknya.Tapi aku beli sikit sikit je. Cukuplah untuk dua orang.

Untuk sahur pulak untuk laki aku kari kepala ikan dan aku lak ikan bawal sweet sour.

Hari ni tinggal sorang sebab laki aku outstation ke Johor. Kalau dah sorang lagilah dapur tak berasap.Apa ada je aku makan.Nak memasak rasa membazir pulak dah sorang-sorang. Tak taulah berapa hari dia pergi. Mungkin 3-4 hari. Sunyilah aku kat rumah. Klah...nak buat kerja.

Salam

GAMBAR HIASAN

Isnin, 24 Ogos 2009

PERKARA YG MENYENANGKAN SUAMI




Berpakaian cantik

Seorang isteri yg bijak meyesuaikan gaya penampilan dgn suasana sekeliling sentiasa disenangi si suami.Tambahan pula jika ia kena dgn seleranya iaitu cantik dipandang mata.Tidak kira sama ada waktu itu anda hanya mengenakan pakaian tidur yg mengiurkan,perhatiannya pasti tertumpu kepada anda semata-mata.

Meyentuhnya

Sentuhan kecil tetapi penuh mesra seperti memegang lengannya ketika anda sedang berjalan berdua,dikatakan amat menenangkan hati seorang suami.Malah ia dianggap romantis bagi suami yg mementingkan soal remeh seumpama itu.Lagipun sentuhan tiu secara tidak langsung mencerminkan rasa cinta dan perhatian anda terhadap dirinya.

Mempercayainya

Telah bernikah bukan bermaksud,suami hanya milik anda seorang sahaja.Dia juga mahu bersama teman-teman lelakinya dan tidak suka dikongkong.Bukan anda tidak boleh bertanya atau menyelidik aktiviti hariannya,tetapi dia akan lebih berterima kasih bila sesekali dibiarkan berkumpul atau keluar makan-makan dgn kawan-kawannya.Kepercayaan inilah yg diharapkan dari seorang suami dan anda pula perlu yakin dengannya.

Memujinya

Seorang suami akan merasa dia dihargai bila sesekali mendapat pujian ikhlas dari isterinya.Tidak perlu membelikan hadiah mahal sebagai tanda terima kasih,cukup dgn layanan mesra,sudah memadai bagi dirinya.

Lebihkan perhatian

Aturkan kegiatan hujung minggu khusus bersama suami,semestinya tanpa gangguan anak-anak.sesekali bercuti merehatkan fikiran disamping menilai semula kekurangan diri masing-masing,akan mengeratkan kembali hubungan kalian,selain membuatkan hatinya bahagia,anda tentu dapat manafaatnya sekali,tidak begitu?

Petikan dari Mingguan Wanita."



8 Ciri Kamu Suka Membuang Masa


Ni dapat dari emel.

Entah betul ke tidak


1. Kamu sering merasa masa begitu pantas berlalu sehinggakan dalam 24jam kamu tidak langsung dapat membuat apa2..

2. Kamu tidak memikirkan masa depan kerana merasakan masih banyak waktu untuk memikirkannya.

3. Setiap kali tiada kerja ataupun ada masa terluang,kamu mesti menghabiskan masa dengan mengelamun.

4. Usia telah meningkat tetapi masih belum ada sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan

5. Kamu lebih banyak berangan2 dan bercakap kosong daripada berusaha mencapainya.Akibatnya tiada apa yang kamu dapat.

6. Aktiviti harian kamu jika tidak bekerja atau tidak ke kuliah hanya lepak bersama teman-teman dan berhibur.Mungkin bagi kamu itu salah satu cara menghilangkan tekanan tetapi kalau aktiviti itu menjadi kebiasaan, ia akan membuang masa.

7. Bergayut di telefon 24 jam dan bersms adalah hobi dan perkara wajib yang dilakukan setiap hari.

8. Orang yang suka membuang masa ini kehidupannya tidak terurus.Bukan sahaja dari segi pakaian malah rumah juga berselerak,meja penuh dengan barang2 dan macam2 lagi.Alasan yang diberikan tiada masa."





Is This Your Hp Number


"Have a wonderful and productive day ahead.

Something of interest to you. Try this out !!!
Really amazing !

1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digits of phone number
6) plus last four digits of phone number again
7) minus 250
8) divide by 2 at last


Is it your handphone number ?
AMAZING EEEEH!!!!!



Beza Bini Dengan Girlpren


"jgn tensyen2... mari segarkan minda...
mari kita kaji apa beza isteri dgn girlpren..

isteri macam tv... gelpren macam hp

kat rumah tengok tv... bila keluar bawa hp

kadang best tengok tv... tapi banyak masa layan hp

tv percuma seumur hidup..kalau hp tak bayar bil selamat tinggal lah jawapnya

tak ada duit jual tv... ada duit tukar hp

tv besar dan bulat dan biasa dah lama... hp kurus ,cute dan muda

kos tv jimat... kos hp mahal

yang paling penting tv ada remote... hp tak ada yang terakhir

tv tak ada virus... hp ada virus.sekali kena terus kong

baik pilih tv"



DATO SITI NURHALIZA



Sukalah tengok dia kalau bertudung litup mcm ni.Cantik kan dia?Nampak sweet sgt...


DOK MEMIKIO....



Selamat berpuasa untuk hari yang ke3 buat kawan -kawan semua.
Pagi tadi on the way g ofis dah tanya suami.Nak berbuka apa petang ni?
Yelah...dia puasa.Aku cuti lagi.Kalau dia g tahu aku leh masak apa yang di nak kan?
Tapi dia cakap petang karang baru g tahu.
Aku tak taulah isteri isteri yang lain...
Kalau petang-petang kat opis aku ngan member opis Kak Siah selalu dok mikir nak masak apa petang ni.
Yelah...kadang-kadang tak tau nak masak apa.
Kadang-kadang menu tu berulang-ulang.
Bagi aku senang je kalau dah tak tahu nak masak apa.
Sham suka masak sambal, masak tempoyak (ate...dah orang Perak yop....) aku masak yang tu jelah.
Ikan masak sambal, ayam masak sambal, sotong masak sambal, udang masak sambal.
Tak pun ikan, keli, patin masak tempoyak. Yang penting bagi aku , Sham makan, dan lauk habis.Tak membazir.Nasib baiklah dia ni tak memilih..Makan je apa yang aku masak. .
Aku no hal....aku makan je.Tak memilih punya.Sebab tulah badan ni makin naik senaik naiknya.
Oklah...dok berkira-kira....dok memikio apa menu aku petang ni.


Sabtu, 22 Ogos 2009

MARAH MARAH SAYANG

Cerita ni aku tengok sejak dari kecik lagi.Sekarang pun tengok gak sebab kadang kadang ada mian kat KIRANA.Dululah.Sekarang CITRA..belum ada lagik.Lagu dalam cerita ni pun best.Aku paling suka lagu MARAH MARAH SAYANG.Best...Nostalgia betul kan cerita ni.Tengoklah fesyen pelakon dulu dulu.

Pengarah :Johari Ibrahim
Syarikat Penerbit :Feugo Production Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :1987
Format :35mm




Suhana Yahya

Sinopsis:
Rostam, Roslan dan Rosdin dibuang kerja kerana terlalu leka bermain muzik. Mereka masing-masing jatuh cinta dengan Salina, Sarina dan Safina, tetapi gadis itu menolak cinta mereka mereka. Rostam dan kawan-kawannya tidak pernah putus asa walaupun Salina dan sahabatnya melakukan pelbagai cara untuk menyakitkan hati mereka. AKhirnya tiga pasangan remaja itu berkahwin dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi setelah berkahwin Rostam dan kawan-kawannya melanggar semua syarat berkenaan dan akibatnya rumahtangga porak peranda.





video


MARAH MARAH SAYANG


Bibir ku mengucapkan..

Perasaan hati yang silih berganti..

Hati sering bertanya..

Apakah benar ucapan kata..

Walau bibir melafas marah..

Tetapi hati merindu sayang..

Andai hati seiring kata..

Terjadilah cinta..

Marah-marah sayang..

Kini bibir dan hati..

Membisik ucapan..

Kau yang ku nanti..

Kini bibir dan hati seiring...

Hulurkan tangan mu..

Hampirilah daku..

Mari kita menuju bersama..Me

Membinakan kasih..

Marah-marah sayang..

SELINGAN

video

Jom layan TOM & JERRY

TAG DARI LADYKKIKI

1.copy award ni untuk diletakkan dalam belog anda.

Ai..kiki.kenak gambar ya indah kuar.Ok akak cuba jawab tag kitak tok k.

2.nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini:

1. suka tengok dia cantik....
2. kiki ni comel....
3. cute jugak orgnya (sama ngan comel kan)
4.Asal sarawak sama ngan kamek juak.
5.Pandai bergaya depan camera....model kah?
6.Suka makan...tapi badan...maintain

3.setiap blogger mesti menyatakan 9fakta/hobi diri sendiri:

Banyaknya kiki.akak cuba jawab mana yang termampu k.

1.aku suka masak.dan tukang makan dan tukang rasa mestilah MR.Sham suami kesayanganku

2. aku ni mudah dapat penyakit.kalau selsema, demam,sakit mata ttu memanglah cepat aku dapat.anti bodi diri ni lemah sangat

3.paling tak suka lipat kain dan sapu sampah. Selalunya suami aku yang tolong buat tu semua.Thanks sayang

4.Suka tengok kartun Tom & Jerry dan Tweery Bird.Kat umah ada DVD koleksi kartun tu.Boring-boring ...dan kalau rasa nak gelak..tengoklah....

5.Aku juga suka cerita HOME ALONE.Aku ada koleksi 4 siri HOME AlONE tu. Ni jugak peneman kala kesunyian.Tengok ulang ulang pun takpe.

6.Suka jalan jalan.Shopping....kalau ada warehouse sale...akulah org nombor satu yang pergi kot. Sanggup berebut-rebut.Teruk betul aku ni.

7.Sejak duduk sini 3 tahun lepas dah tau minat Drag & Driff.Tau je mana nak pergi nnegok.Sanggup sampai 3-4 pagi dok tepi jalan tengok.Laki aku nilah yang ajar semua benda ni.


8.Suka tido.Weekend adalah masa yang ditunggu untuk tido.Yelah kalau hari kerja .30 pagi dah bangun dah. Nikmatnya ..kalau dapat tido

9. Suka baca novel cinta.hahahaha.sejak dari aku sekolah menengah lagi. Sekarang je kurang dah membeli.Kat Kuching dah penuh rak buku ngan buku buku aku.Kat sini umah sewa kecik..malas dululah.Nnati2x nak tambah koleksi lagi.

4.pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka:

Ni aku tag yang aku rasa kenal jelah


Arina....sama opis ngan aku. Lawa orgnya.Slim melim. jawab dik ye..

Ain...pun sama opis ngan aku.. ibu kepada dua org anak.bila nak tambah lagi ain?

Shiem...kenal dia kat PCM. Kahwin sama tarikh ngan aku.Dah ada anak sorang pun.Aku bila lagi ...huhuhu

Kay...dulu sama jabatan.sekarang dah tukar.Ibu kepada seorang anak lelaki yang comel

Shani@Zura..Pun kenal kat PCM jugak.Ibu kepada 2 puteri yang sgt comel.

HARI PERTAMA PUASA

Baru lepas temankan suami bersahur. Rasa seronok sangat leh masak untuk suami utk dia bersahur.Lea tak leh puasa.Biasalah...pompuan.Puasa tahun ni kalau leh nak jimat jimat.Yelah...berdua..Dulu..puasa yang lepas lepas beli makanan kat Pasar Ramadhan kalau leh semua nak beli.Last lastnya masuk tong sampah. Tahun ni dah cakap ngan suami kalau leh nak masak.Biarlah....masak yang simple simple.Tak nak dah bazir-bazir.Laki aku ni ok je.Janji leh makan.Leh berbuka leh bersahur.Ok semua kawan kawan .Selamat menjalani puasa untuk hari yang pertama.Harap sampai ke waktu berbuka.

SELAMAT BERSAHUR
kawan kawan bersahur jam berapa ye?



Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Di kesempatan ini saya Monalea binti Ismail
mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga bulan Ramadhan ini akan lebih
mendekatkan diri kita kepadaNya.
Kalau ada salah dan silap dalam lea berblog ni
mohon ampun dan maaf.
(macam hari raya lah pulak)




Syair Ahli Surga



Surga itu rindu akan empat orang
para qori'il quran dan orang yang menjaga lisan
dan yang memberi makan pada yang kelaparan
serta puasa Ramadlan tak ketinggalan


Delapan surga baik kau ketahui
jannatun na'im dari perak murni
jannatul ma'wa yang dari zabarjud
dan dari murjan jannatul khulud


Dan dari luk luk darul jalali
dan dari yaqut darus salami
dan dari emas darul qorori
jannatu 'adnin yang dari dzurri


Jannatul firdaus yang kedelapannya
yang dari emas asal terbuatnya
delapan surga diberikan tiap-tiapnya
bagi hamba yang taat pada Tuhannya


Disebutkan, para ahli surga
mengecap kenikmatan, bersuka di sana
dengan wajah rupawan bak rembulan
dan bidadari yang masih perawan

Kecantikan yang terpancar dari ronanya
tercipta dari beningnya empat warna
pertama putih dan hijau yang kedua
serta kuning dan merah yang terakhirnya


Sang bidadari yang ayu rupawan
berhiaskan gelang indah di tangan
gelang surga berjumlah sepuluh
dari emas merah tanpa di sepuh


Adapun yang menjadi ratu di sana
para muslimat yang saat di dunia
berlaku tho'at akan perintah-Nya
serta patuh menjauhi larangan-Nya"







RAMADHAN



"Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air."






Khamis, 20 Ogos 2009

TIP DI SAYANGI SUAMI

"Setiap isteri pasti ingin dicintai dan disayangi suami. Asal tahu kuncinya, isteri dapat menciptakan suasana kehidupan rumahtangga yang hangat dan penuh cinta.


1. Berilah rasa hormat pada suami, seperti yang anda berikan pada teman anda. Jangan memarahi atau mengejek suami di depan anak-anak mahupun teman-temannya.

2. jangan berleter tetapi berbincanglah dengan suami apabila ada hal yang tidak disukai.

3. jangan terlalu sibukkan diri dengan rumah dan anak-anak hingga perhatian pada suami berkurangan.

4. Buatkanlah hubungan seksual menjadi sesuatu yang mengasyikkan dan sering mengambil inisiatif untuk menyingkirkan kerutinan dari kehidupan seksual anda selamanya.

5. Buat suami anda rasa dirinya penting di rumah dengan menaruh perhatian dan kepercayaan pada kemampuannya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang menjadi tanggungjawabnya sebagai lelaki. Misalnya, membaiki beberapa kerosakan ringan dirumah dan sebagainya.


6. Masakkan masakan kesukaannya dan simpan barang-barang peribadinya di tempat yang mudah dia menemukannya.

7. Buatlah diri anda selalu menarik di hadapan suami. Jaga kesihatan dan kebersihan kulit tubuh serta wajah. Perhatikan berat badan, jangan terlalu gemuk kerana selain tidak baik untuk kesihatan penampilan juga tidak menarik.

8. Pada hari ulang tahunnya, hantarkan kek atau makanan lain ke pejabatnya hingga teman-temannya tahu yang dirinya disayangi isteri.

9. Bersikap terbuka dengan suami mengenai masalah rumah tangga, termasuklah masalah seksual anda berdua.

10. Berbanggalah terhadap diri anda sendiri sebagai seorang isteri dan ibu dalam rumahtangga
anda."


10 Hal Untuk Hidup Indah

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal"

Cinta, Kasih & Sayang...

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?"




These Are The Names Of The Some Romantic Countries

H.O.L.L.A.N.D
Hope Our Love Lasts And Never Dies

I.T.A.L.Y.
I Trust And Love You

L.I.B.Y.A.
Love Is Beautiful ; You Also

F.R.A.N.C.E.
Friendships Remain And Never Can End

C.H.I.N.A.
Come Here... .. I Need Affection

B.U.R.M.A.
Between Us, Remember Me Always

N.E.P.A.L.
Never Ever Part As Lovers

I.N.D.I.A.
I Nearly Died In Adoration

K.E.N.Y.A
Keep Everything Nice, Yet Arousing

C.A.N.A.D.A.
Cute And Naughty Action that developed into attraction

K.O.R.E.A.
Keep Optimistic Regardless of Every adversity

E.G.Y.P.T.
Everything's Great, You Pretty Thing !

M.A.N.I.L.A.
May All Nights Inspire Love Always

P.E.R.U.
Phorget (Forget) Everyone... Remember Us

T.H.A.I.L.A.N.D.
Totally Happy, Always In Love And Never Dull"




SELAMAT HARI KHAMIS




Hari ni hari Khamis.


Kena pakai baju batik.


Nasib baik ingat.


Kalau tak aku belasah je pakai baju yang dah di iron.


Peduli apa...


Kalau tak pakai batik bukannya kena tangkap pun.


Tak kena saman pun.Marah pun org takde kan.


Oklah. Have a sweet Thursday.


Chow...




Isnin, 10 Ogos 2009

JALAN JALAN DEKAT LUMUT

Hari ahad sebelum balik KL kami jalan-jalan dekat LUMUT.Yelah bawak ayah yang tak pernah g Lumut.Ok..kita layan gambar jelah ye.