MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 31 Julai 2009

Fakta Menarik Mj Tentang Nombor 7


"Buat peminat-peminat MJ, ada beberapa fakta menarik tentang nombor 7 dan Michael Jackson. Jangan terperanjat...


Michael Jackson menandatangani surat wasiatnya pada 7/7/02.

Upacara penghormatan terakhir Michael Jackson pada 7/7/09.

Dua lagu hits Michael Jackson - 'Black & White' dan 'Billie Jean' berada di carta nombor satu dunia untuk 7 minggu.

Tiga album terlaris Michae; Jackson - 'Thriller', 'Bad' dan 'Dangerous' setiap satunya mempunyai 7 top 40 hits.

Michael Jackson anak ke-7 dari 9 adik beradik.

Michael Jackson dilahirkan pada 1958 .. 19 + 58 = 77

Michael Jackson meninggal dunia pada 25 haribulan ... 2+5 = 7

Terdapat 7 abjad dalam Michael dan Jackson."





Selasa, 28 Julai 2009

SEMANGAT YANG HILANG

Pagi tadi aku dah semanagt dah nak g kerja. Dah pakai baju kerja dah.Dah bertudung pun. Tiba-tiba hidung aku berdarah.Pening tiba-tiba.Badan pun rasa panas tiba-tiba.Rasa nak pitam dah. Dah...laki aku bising. Dah...jangan g kerja. Macam mana nk drive pening pening gini.Dah.Kemas g klinik. Adui....Laki aku pot pet pot pet hari ni .Kalah mak aku. Tak sonoknya tinggal sorang sorang kat umah. jadi pening.Hidung dah tersumbat dah. Adehhhhhhhhhhhh...Esok aku kena turun kerja gak.Tangup dok umah sorang sorang mcm ni. Mati akal aku. Klah...time makan ubat.Makan ubat.Rest............



Isnin, 27 Julai 2009

KISAH MAKAN AKU HARI NI

Hari ni hari ahad bersamaan 26.07/09.Lepas subuh pagi tadi tido lagi.Dah tido tu gerenti terlajak.Aduhhh.Jam 9 baru nak bangun pagi.Sarapan aku ngan laki aku hari ini ialah mihun goreng.

Sedap..............

Tengahari pulak order kat MC D pulak.Fillet O Fish u

ntuk aku dan Big Mac

untuk suamiku sayang.Hahahaha. Pun sedap gak. Petangnya pulak kami berdua makan nasi ambeng..

Fuhhhh......................lagi sedap. Dan kesedapannya dari tangan orang lain ok.Hari ni dapur aku tak berasap. Aku malas betullah hari ni. Ok...kesimpulannya HARI INI..pagi ahad laki aku kuar beli mihun goreng.Tengahari on the way dari shah alam order MC D bawak balik umah.Petangnya pulak pergi pasar malam beli nasi ambeng.Sekian terima kasih.


Ahad, 26 Julai 2009

CERITA MALAMNYA ....

Aku ngan laki aku g IOI.Sebab laki aku nak beli tali pinggang.Kebetulan JUSCO ada sale.Pergi kami...Kami berdua bawak anak buah sekali angah ngan alif.Sesekali bawak mereka jalan-jalan. Mula-mula g kedai DAISO.Kedai Jepun dan jual barang-barang jepun.Laki aku nak cari barang. Aku pun tak tau barang apa.Aku kalau masuk kedai ni benda yang aku cari kipas tangan.Macam-macam kaler.I like.............Setakat ni dari kedai ni aku dah beli 6 kipas tangan dah.Cantik2x.Semalam dok tambah 4 lagi.Hahahaha.Laki aku dah paham hobi aku dok layan jelah.........Lepas tu g JUSCO carik tali pinggang.Aduiii dok nunggu dia memilih aku pulak yang membeli.Aku dah terbeli slig bag.Carlo Rino.Harga asal 300++ after less 70++.Yahooo...dah dapat.Yang bestnya...cik abang yang belanja.Lepas tu bawak budak-budak makan kat KFC.Lama dah rasanya tak makan KFC. Tapi semalam entahlah. Tak selera pulak aku.Jadi yang dok mengahabiskannya...laki aku adalah.MR.SHAM BIN DIN yang semakin sihat.

suka tengok mereka makan.berselera betul

kipas baru yang aku beli.nanti nak tambah lagi koleksi ini



AKTIVITI AKU HARI SABTU

Petang sabtu aku dan suami aku g kat MARDI, Serdang...sebab ada car boot sales.Yelah saja-saja jalan-jalan.Dok cuci mata .Tapi membeli jugaklah.Yang best nya ada go kart ngan drif. tapi drifnya tak best sgt lah.Takde keta power-power sangat.Ok.kita layan gambar jelah yer
.
aku beli kerongsang je

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Gambar ni aku ambik Jumaat lepas. Ada jawatan kosong kat opis aku. Ada banyak jugaklah jawatannya.Nasib baik Ecah dah ada tolong aku bukak dan cop borang permohonan. Banyak betul. Dan aku rasa Isnin ni lagi banyak. Yelah Sabtu dan Ahad cuti. Hari jumaat tu satu guni yang guna pos biasa je.Belum lagi yang register kak siah dua tiga kali naik dok hantar.sian dia.Leh exercise....

Sabtu, 25 Julai 2009

MAKAN TENGAH HARI

Alhamdulillah.Baru lepas makan tengahari bersama suami tercinta.Cheh wah....Hari ni aku terajin sikitlah memasak. Terbanyak pulak lauk yang aku masak. Selalunya..ada ikan/ayam/daging + sayur+sambal. Ni tak...Nak tau aku masak apa?

kari ayam
ikan keli masak lemak
sotong masak sambal
ikan sepat masin
sayur takdak.lupa beli.tak seimbang langsung lauk kami ni



TAK BOLEH DILIHAT DARI MATA KASAR

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.

Vilus pada usus kecil

Telur/Ovum dengan sel korona

Sperma di atas telur / ovum

Sel kanser paru-paru

Sel darah merah

Sel bulu-bulu halus dalam telinga


Saraf perasa pada lidah


Salur darah dalam saraf optik


Neuron Purkinje (lapisan pada otak)


Plak gigi

Hujung rambut yang pecah

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)


Alveoli Pada Paru-paru




FAKTA MENARIK

Tahukah Anda...

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..


2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.


3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampumerosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.


4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.


5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.


6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..


7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.


9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamukhanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.


10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.


11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.


12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.


13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.


14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.


16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.


17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.18. Di Eropah, ke tahun 1900 barulah .


19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.


20. Mexico Citytenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.


21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.


22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.


23. terdapat banyak telefon di WashingtonD. C mengalahkan penduduk penduduknya.


24.. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.


25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.


26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)


27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.


28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentangfakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.


29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.


29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office.Pelik bukan!


30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkantiada no 8. kan ?


dan pasti ramai yang berhajat untuk checking tulisan pada zip masing²?kekekekeee.. .!!!


OK dah pegi buat keja kekeke...!!!



JENIS JENIS HANTU

-1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas dendam.Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
2. Langsuir - perempuan
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.
3. Toyol -
hantu kanak-kanak bogelToyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
4. Pelesit -
boleh dipeliharaPelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
7. Hantu bungkus -
makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
8. Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
9. Bota -
makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebua kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang -
makhluk anehBajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.
21. Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.
22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.
25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
30. Hantu Tetek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
31. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.
32. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.
33. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

TEKI TEKI SENGAL

1)Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?* = Kain songket cap Gajah Duduk

2)Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?* = Jatuh la nyonya tu...

3)Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?* = Penyapu

4)Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?* = Jawapan lain salah la...

5)Ibunya diurut, anaknya dipijak.* = Tangga

6)Pokok apa bila manusia nampak dia lari?* = Pokok nak tumbang la...

7)Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?* = Lagu 'Happy Birthday'

8)Air apakah yang paling berani sekali?* = Air terjun

9)Sungai apa yang paling kurus di dunia?* = 'Slim River'

10)Sungai apakah yang tiada air?* = Sungai di dalam peta

11)Buah apa bila dia masak dia timbul?* = Buah Melaka

12)Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?* = Jadi banyak la...

13)Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?* = Kedua-duanya boleh digoreng

14)Ikan apakah yang mempunyai ketiak?* = Ikan duyung



Jumaat, 24 Julai 2009

WAJAH WAJAH CERIA KAMI

tuan umah harus ada gambarnya
maya yang sentiasa ceria
ina yang perasan artis popular. hahahahahha

lilizon dan kak siah yang sentiasa ada je cerita lucu yang di bawak.pasti gamat bilik yang kecil itu
kak zah tot.mak yang vouge , maintain.............
ecah yang laynnnnnnnnnzzzzzzzzzzz

Gambar ni diambil pagi tadi. Bilik kami nun jauh kat depan Bahagian ADMIN dan HR. Bilik yang kecil, comel je, menempatkan 6 orang.Tapi ada 5 kerusi dan 5 meja je. Yang sorang selit menyelit jelah.Bilik kami ni menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan dan Unit Surat. Aku,Maya,Ecah kat Unit Surat.Kak Siah,Ina.Kak Zah Pegawai Khidmat Pelanggan.Tapi mereka bergilir2x dok jaga kat Kaunter bawah. Sonok dok ngan mereka.Ada je ceritanya. Yelah ngan kakak-kakak yang banyak pengalaman kan. Hahahahahha.Leh share share cerita.Boleh hu ha hu ha.Masa kerja kami kerja.Masa kami gelak memang nak ingat dunia. Yang penting HIDUP MESTI HAPPY.KERJA KENA SIAP.



JOM KITA MAKAN

Ni nak citer sikit.Bilik kami yang kecik nun di depan sana telah bermuafakat untuk buat majlis makan-makan. Yelah.Saja... nak kenyangkan diri kami sendiri. Tapi taklah kami je yang makan.Sapa yang lalu kami jemput sekali ke bilik kami untuk menjamu selera. Seronok jugak sesekali buat makan-makan macam ni. Nanti-nanti nak buat lagi. Macam-macam ada.Ada kueh teow, apam comel,satey, kek, roti john, pizza, big apple, ayam goreng, macam-macamlah.Bilik ada 6 org.Dan yang sponsor ada tujuh orang. Orang yang menyelit sekali Puan Nurul @Mrs.Syahrul. Hehehehe.Nurul.nurul.Ok. ni je gambar yang sempat diambil. Dah lapar tak sempat nak ambik banyak gambar..



SAMA TAPI TAK SERUPA

Mula-mula aku melapor diri kat opis aku ni aku ternampaklah satu gambar.Ada sorang budak ni sebijik muka laki aku. Aku dah tengok sekali nak tengok sekali lagi.Bila ams alaki aku g PD ni.Posing baik punya. Hati aku tak tenteram betul utuk 2-3 hari tu. Last-last aku tak puas hati aku tanya staf kat siti MONA@NOAZLINA.Sapa budak ni Mona.ooooooo.Helmi kak lea.Tapi dia takde cuti. Urgh..... lega.Ingat laki aku tadi. Sekarang dah tiga tahun aku kat sini dan aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar mereka berdua. Kalau ada peluang aku nak ambik jugak gambar mereka berdua nanti. 8/8 ni HELMI kahwin kat Temerloh.Sori Helmi.Akak dan abang takleh datang. Kena balik kampung suami ada kenduri.