MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 28 Jun 2009

CINTA


jika ia sebuah cinta…ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…ia tidak buta

namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksa

namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-kata

namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata

namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji..

namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci..

namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…

namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
semuanya.. jika ianya sebuah cinta………

AKTIVITI AKU HARI INI

Ni aku beli kat cash converters
Ni barang aku beli kat IKEA

















apa aku buat...nanti aku updatekan ok.










Khamis, 25 Jun 2009

MAKAN PETANG@MALAM

Petang tadi laki aku ambik aku kat opis.Dia cakap teringin benar nak makan mi goreng. Dah tu singgahlah dekat kedai TOMYAM kegemaran kami,d'MUARA. Laki aku order mi goreng.Somtam.Aku lak nasi putih ngan sup ekor.Teringin nak makan sup ekor.Sedaplah jugak masakannya. K.Ni gambarnya.Jangan terliur ek.



HANIZA BINTI AMIT

ni masa kat opis lama dulu

ni dekat Genting Hingland

Ni dekat zoo negara

time ni buat bbq kat umah dia. puan umie ngan abul pun ade.tapi time ni tgh main main cinta.

Dia ni boss masa aku kat opis lama.Aku pun tak tau mcm mana leh rapat ngan dia.Dia kat opis aku dulu pun 7 bulan je.Dha tu tukar ke Politeknik Kuching. Aku kenal dia sejak tahun 2000 lagi. Dah dia g Politeknik dia tukar lak Kementerian Kesihatan Sarawak. Kami still calling-calling dan kami menjadi lebih rapat sejak dia tukar ke Putrajaya sebab naik pangkat gak.Pangkat aku yang tak naik-naik.Dekat Putrajaya dekat nak setahun setengah dah .Tapi 6 Julai nanti dia akan melaporkan diri ke Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.Sunyilah aku nanti.Takde geng kamceng.Leh Hu ha hu ha.Kalau aku, laki aku ngan niza dok lepak kat kedai mamak semabng tak hingat dunia. Niza ni best.Kepala leh layan..Hahahahha.K.Niza kelak ngantar kitak ke airport k.




Rabu, 24 Jun 2009

TIKET BELON

Yahoo. dah dapat tiket dah nak balik Kuching untuk Hari Raya.Hahahaha,yelah.kitaa guna tiket free kerajaan.Oklah kan. Balik 10 hari je.Kalau nak diikutkan sebulan aku nak.Tapi apa boleh buat.Suamiku itu bukannya nak lama2x kat Kuching.Yelah...kita pun paham.Macam aku gaklah tak nak lama2x dekat Teluk Intan.Acilah....


Tapi sekarang tiket MAS pun dha pakai A4 paper. Semua cut cost.Dah macam air asia dah.


Selasa, 23 Jun 2009

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.


Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.


Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.


Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?


Sulung dengan sulung


Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah


Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung – Bongsu


Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan

Tengah – Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

5 DON'T WHEN YOU ARE SLEEPING

DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again

DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.


DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first



AMAZING CANDLES






JOM CUCI MATA