MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 29 Mei 2009

TAG DARI MAYA

1.Apa Perasaan Anda Sekarang?
Happy.....
2.Saya nak makan?
Nasi goreng belacan ngan ayam goreng.tgh ketagih ni
3.Saya tak suka?
tunggu org lama-lama...menci
4.Impian saya?
Nak g semua pulau yang cantik canti di dunia.
5.Haiwan yang saya tak suka?
Tikus.Adu...tak sukanya
6.Saya harapkan?
Bahagia, tenang bersama-sama insan tersayang
7.Jika boleh putarkan masa?
waktu aku kecik kecik dulu
8.Saya pada 10 tahun akan datang?
punyai keluarga yang besar.Insyaallah
9.Handphone saya adalah sebuah?
benda yang semestinya akan ku bawak ke mana saja.keperluan...
10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Banyak kali.Frust aku..............
11.Saya suka pada?
duit...hahahaha.apa je leh dapat ngan duit
12.Kawan-kawan saya..?
baik semuanya...
13.Pernah dikhianati?
pernah...geramnya aku.
14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Kalau ada lesen tembak org aku dah tembak dah.

Khamis, 28 Mei 2009

KARTUN DARI INDIA

DAPAT DARI EMAIL









MAKCIK SAPELAH NI

Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?"
"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"
"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.
"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.
Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.
" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan.. . adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan
"Oh... jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

IMEJ MISTERI

NI DAPAT DARI EMAIL

Lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini

Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

SENYUM


senyum itu sedekah...

senyum itu ramah...


senyum itu mesra..


senyum itu baik..


senyum itu cantik...


senyum itu manis...

PULAU SIPADAN


Mendiang Jacques Cousteau seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia menggambarkan Pulau Sipadan sebagai 'hasil seni agung yang tidak diusik manusia', sementara para penyelam skuba di merata dunia memilih pulau ini sebagai salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia.

Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

Aku sebenarnya memang teringin nak ke sini.Tunggulah...Nanti nanti aku sampai jugak ke sana.

Selasa, 26 Mei 2009

MUSIM ORG KAHWIN





Ramainya org kahwin musim sekolah ni kan.
Aku dah terima 2 kad jemputan dah

Wani & Man

Aida & Wan

Insyaallah kalau takde halangan akan akak pergi jugak ke kenduri korang.Lagipun sepupu suami akak pun kahwin time tu jugak

AHAD -240509





yang bestnya time ni..kami sama-sama


pakai baju hitam belang kuning




Baru nak letak entry ni.Takde masalah nak pindahkan gambar. Ahad lepas paginya laki aku ada jemputan ke Majlis Perasmian Hari Perpaduan di IOI Mall Puchong. Dalam kul 11 pagi baru balik.Dah tu dia bawak aku ke IOI lagi.Bawak jalan-jalan.Yelah lama jugaklah tak kuar ke IOI . Dia bawak aku tengok wayang. Tak taulah nak tengok citer apa.Last-last tengok SYURGA CINTA JELAH. Aku nak tengok Haziq je . Ceritanya boleh tahanlah.Banyak memberi keinsafan.Chehwahhhhhhh.

Lepas tu jalan-jalan kat JUSCO. Ada sale jugaklah. Laki aku baik sgt time ni.Dia leh kata nak beli apa, ambik je. Abang bayar.Aku ambik handbag jelah satu. Leh buat g kerja. Thanks sayang.

Isnin, 25 Mei 2009

NUR ALLYSHA IRDINA anak dara KAK SHARMARINA











Sori Kak Sha.Baru nak buka emel. Comelnya dia sekarang. Dah 6 bulan ye.Tak jumpa pun lagi dia. Jumpa dulu pun masa baru lepas bersalin.Nnati bila LEA and the GANG free nak jugak jumpa baby kak sha ni. Ok semua...Nilah..NUR ALLYSHA IRDINA

HAFIZ AF7 PULANG KE SARAWAK




Pak cik aku ngan HAFIZ.

Nilah sharmeen yang send gambar kat aku



Hahahahahahhha.Aku nak gelak dululah.Pakcik aku yang tak suka tengok AF boleh bergambar ngan Hafiz AF7. Aduii...nak menjeleskan aku ke ni.Shameen siap send gambar kat aku. Meen..Meen.ok.Selamat menjamu mata.

Jumaat, 22 Mei 2009

MANYAK SUKA WOOOO

laki aku yang telah banyak metransformasikan dirinya.
kakakakka.
Berisi dah dia.abanggggggg bila nak kurus ni?

Hari ni hati aku manyak suka oooo.Laki aku hari ni rajin benar sms ngan call aku.Biar betul dia ni. Takpe...dia rindukan aku sangat sangat kot.Aku pun rindu kat dia ni. Dah dia call & sms aku terasalah seperti zaman-zaman bercinta dulu.Dulu aku kat Kuching , dia kat sini.PJJ lah kami 2 tahun lebih. Lepas kahwin 5 bulan lak PJJ.Menguji kesabaran betul tau. Tapi alhamdulillah sampai jugak hubungan kami ke jinjang pelamin. Dah tiga tahun dah pun.Semoga jodoh kami berpanjangan.Insyaallah.

SESI MENGEDIK DI AWAL PAGI

nilah artisnya INA
maya dengan INA....

Aku lak dengan INA.sudah semestinya

maya dengan INA....

Selamat hari jumaat uollllss. Hari ni dtg opis pagi pagi dok gelak dah.Nengok si ina dah macam artis.Masing-masing nak ambik gambar tu. Semestinya aku dan maya lah yang gila bergambar. Ok... selamat menjamu mata .

Khamis, 21 Mei 2009

KAMI MELARIKAN DIRI...

Gambar tuan umah harus ada

Nilah peneman aku..nak tau sapa????????

Jeng..jeng...MAYA

Dan INA yang sentiasa comel....
Waktu lunch semalam , kami melarikan diri dari seseorang.Semua dok pakat nak kuar bilik.Jadi aku,maya and ina pergi Anjung.Yelah sebelah je.Anjung Parcel C, opis kami pulak Parcel D. Tengah Hari yang panas terik kami gigih berjalan ke Anjung.Hahaha.Badan dah melekit-lekit rasanya. Tapi takpe..leh diet sikit.Baliknya pulak bf si maya ada.Lehlah tumpang balik ke opis.Tak penat sangat.Singgah kat JAKIM dulu untuk cuci cuci mata.

NISHA ANAK JEPUN





Dia ni akak ipar aku jaga.Suka tengok dia.Macam anak cina pun ada.Anak jepun pun ada.Kalau jumpa aku..Mak cu makcu ..sambil pegang kertas.Tanya aku nak makan apa. Macam waiter dah dia.Nisha...Nisha.Umur 3 tahun lebih.pelat lagi.Dia ni suka bergambar pantang tengok aku pegang handpone.Mesti nak bergambar tau.

Rabu, 20 Mei 2009

NURDALILA BINTI KAMIL













Nilah anak buah aku yang paling kecik .Sekarang dah setahun sembilan bulan.Tak lama dua tahun dah dia. Sekarang dia ni nakal sangat.Tak reti dok diam. Tak boleh dipegang.Adui...geram snagt kat dia ni tau. Nakal-nakal tapi bijak budaknya.Mak cu sayang Ila sangat-sangat tau.

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.

KENAPA? – DAUS

Tubuhku menggeletar...Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Ku jatuh hati padamu...
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)



KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN - SHAHIR


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


RSVP – MAULANA


Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan...
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s'il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s'il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


V.I.P – IWAN



Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diriku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersamamu

Oh! Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cintamu oh! sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang
Berikanlah ku peluang untuk buktikan padamu

Kau V.I.P di hatiku
Mungkin ku tak arif mempamerkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar caraku tidak cukup mesra
Mesra bercengkerama bersamamu

Oh! Kasih kau perlu tahu
Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)



KU ADA KAMU – ADIRA

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

KENAPA? – DAUS

Tubuhku menggeletar...Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Ku jatuh hati padamu...
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

TAG DARI ARINA

jenama handphone anda? Dan sila googlekan imej handphone.

SONY ERICSSON K610 I


Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
sudah setahun lebih dah



Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut.
wallapaper gambar kahwin aku 3 tahun lepas.Sebabnya sebab aku sudah gambar aku tu.Leh tengok muka laki aku selalu



berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
245 je..



Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf M. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?
22 ajer...



Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu? Kenapa?
tak naklah.apa aku nak cakap ngan mereka.baik aku call laki aku.



Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
hampir 7..hahahahha. banyak jugak handpone aku ye.



Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
DULU,KINI DAN SELAMANYA CELCOM.Sebab laki aku pakai celcom, adik adik aku pun pakai celcom



Soalan terakhir.. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
ooooo.laki aku...aku letakkan aaaaasuamiku.hahahahha.senang ...sebab nama dia kat atas sekali.