MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 30 April 2009

1. Anda seorang bintang?
Ye.lea memang seorang bintang di hati suami ku, dan kelaurgaku.Terima aksih semua.Dan umie...tq bagi bintang tok kat kamek.

2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
Kalau dari 5 bintang, bagi limalah, kalau 10, 10 lah.suka hati koranglah nak letak berapa. aku tak kisah.

3. Adakah penulis seorang yang sombong?
Tak sombong pun.Aku menulis hanyalah untuk share kat korang apa aku buat, aku makan dan segala-galanyalah.

4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
Dari umie sendirilah.

5. Anugerah ini ada berapa warna?
Ada 4 warna

Photobucket
Puan Umie ni tag pertama yanng kamek hutang k.kamek dah bayar.

1. Nyatakan 4 sebab mengapa korang suka dengan gambar di atas.
-sebab aku suka gambar tu.
-pelamin aku cantik sangat (aku puji diri sendirilah, korang tak nak puji).
-Gambar ni ambik macam dalam studiao. Sebenarnya banyak gambar yang aku suka. Nilah diantaranya.Thanks En.Mahaldin.ambik gambar2x yang cantik untuk kami berdua.
-Laki aku kurus sgt dalam gambar ni. adui.Tapai kalau dia kursus muka dia macam budak2x.

2. Bilakah tarikh pernikahan korang dan di mana?
11 Mac 2006 dialamat 77-B Kampung Tupong Tengah,Petra Jaya,Kuching Sarawak.
3. Apakah warna tema majlis perkahwinan korang???
11 Mac 2006-Kuching-Akad-
nikah putih-mestilah nak yang suci dan murni
12 Mac 2006- Kuching-Sanding -Biru seperti gambar diatas.
25 Mac 2006-Teluk Intan,Perak-Malam Berinai-Putih
26 Mac 2006-Teluk Intan ,Perak-Bertandang-Hijau
26 Mac 2006-Teluk Intan,Perak-Potong Kek-Krim/Gold
26 Mac 2006-Teluk Intan,Perak-Sanding 9berapa banyak sandinglah) -Putih
tema yang cacamerba.tapi yg syoknya cantik dalam gambar.secara keseluruhan aku penat kat Teluk Intan.Banyak bebenor majlisnya.Tapi best,sonok.

4. Mengapa korang memilih si dia tuk dijadikan teman hidup???
Semestinya dialah lelaki pertama yang aku cintai dengan sepenuh hatiku. 2 tahun berkenalan kami kahwin.Sekarang dah tiga tahun perkahwinan.Thanks bang kerana jaga lea dengan sebaiknya.
5. Nyatakan harapan korang dengan ikatan perkahwinan ini.
Semoga ikatan perkahwinan kami akan kekal untuk selamanya.Dikurniakan anak2x yg comel. Insyaallah.
Photobucket

Rabu, 29 April 2009

ENTRY BUAT MAYA..


Dik, sori.Akak tak dapat nak datang opis lagi.mata akak tak baik lagi.sori ye. Nanti akak sembuh , datang opis akak belanja makan ye.
Sayang adik akak yang sorang ni

Selasa, 28 April 2009

AF 7 MINGGU KE 8


Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

AKIM - TITAH SULTAN (PGL)
CLAUDIA - KATAKAN (PGL)
YAZID - RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ - DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)
ISMA - MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)
AISHAH - SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)

LAGU BONUS

DEWA PERANG (PGL)
& WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)

Photobucket

RAHSIA 10 MAKANAN ANTI KOLESTROL

SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima

EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan .

IKAN TUNA

Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai


Wokey itu sahaja.Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti di atas
Photobucket

AKU MC




Rasanya dah lama aku tak menulis dalam blog kesayanganku ini.Aku MC sebab aku sakit mata.Tak suka betullah sakit mata ni.Mata rasa pedih je.Gatalllah.Macam -macam.Dr. bagi aku cuti 2 hari.Kalau tak elok lagi datang klinik balik dia tambahkan MC.


Photobucket

Jumaat, 24 April 2009

BERIANI GAM PUTRAJAYA

Restoren Beriani Gam Putrajaya
Nasi beriani ayam .Ni aku punya
Kusyuknya suami aku makan.Dah makan daging kambing mestilah ngan air limau. Makin berisilah suami aku ni.Dulu kecik je orgnya.


Balik kerja petang tadi suami terus bawak makan kat Beriani Gam Putrajaya. Aku...teringin sangat nak makan.Jadi suami bawaklah.Aku ambik beriani ayam dan suami aku ambik beriani daging. Sedap jugak beriani dekat sini. Dua orang makan masuk air RM25.50.Oklah..berbaloi ngan rasanya.Thanks bang belanja ayang.Jadi tak yah masaklah petang ni ye.


Photobucket

Khamis, 23 April 2009

Power of TAUGEH



Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada


Salah satunya ialah kanavanin (canavanine),sejenis asid yang amino.Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besardan pankreas.Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.


Estrogen dalam tauge dapat


Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi


Selepas mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan,ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur Fitokimia ya berkhasiat. meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang(osteoporosis).

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanserpayudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.


Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuangkotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah sel kanser.Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar,tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh.Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Cara-Cara Nak Cover Malu ...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan... .

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oii !! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda...

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... .

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... ye tak?...


korang pernah ke melalui kejadian macam ni?

HARI NI HARI APA?

mesti ramai yang berbaris depan ATM pagi ni.

Yeyeyeye...Hari ni hari gaji bagi goment. Tapi dah dapat gaji kena bayar hutang piutang dulu.Hutang kereta,kad kredit,bagi kat mak, bayar astro, bil telepone lagi dan macam2x lagi....Kalau dah settle baru leh nak buat belanja.Tapi takleh nak habiskan lah. Kena beringat selalu. Kena ada simpanan .Yelah untuk perkara-perkara yang tidak dijangka.Macam aku keluarga jauh kat Kuching.Paham-paham jelah.K.Lah kengkawan semua yang dapat gaji hari ni belanja tu berpada-pada ye.
.

Photobucket


Rabu, 22 April 2009

TAG DARI UMIE LAGI



Tag lagi.Terima tag ni daripada umie

1) Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda guna sekarang, jangan tipu2 ek. tak suka...

ni wallpaper yang lea guna kat umah.simple je.

2) Bagi tau nape anda suka wallpaper itu?

Suka sebab simple dan yang penting warnanya biru,Ada Jam,Calendar ngan gambar lagi.Boleh tak jawapan ni.

3) tag people to follow this question?

lea nak tag sapa-sapa yang menjenguk blog lea ni k

LAUKKU MALAM INI

Ayam masak lemak
ikan pekasam
sayur kobis pecah telur
Hari ni laki aku balik dari Johor. Menunjuk betul.Bawak balik phone N series. Ingat nak bagi kat aku.Rupanya telepone baru dia. Takpe............aku tak kisah sebab aku dah ada Blackberry. (hanya org tertentu saja yg tahu...wakakakaka) Aku setia menanti kepulangannya dari perantauan sebab mencari rezeki.Chehwah.Bahasa aku. Aku masakkan masakan kegemarannya. Sebenarnya tidak...Ikut dan aku masak je. Aku masakkan ayam masak lemak, pekasam ikan(ni memang dia suka) dan sayur kobis pecah telur.(ni nama aku kasik sendiri).Aku tengok laki aku berselera je makan.Dia ni berselera saja.Sebab isteri kesayangan yg masak. Yelah dari air tangan bini.Tak sedap pun buat-buat sedap. Kang aku majuk kang dia jugak yang susah. Ni yang buat ayang lagi sayang kat abang. Dia kat sebelah aku.Lena dah.Penat memandu ke, (dari jb ke batu pahat ke segamat ke puchong) atau lena kekenyangan. Sian tengok dia. K.lah bang.tidolah.Ayang tak leh tido lagi. Jumpa ayang kat mimpi ye.Muah...muah...

BORNEO ORKID


Aku paling suka borneo orkid yang putih.Sebab bunganya yang tahan lama.Kat umah sku sekarang takdenya nak tanam orkid2x ni.Yelah...rumah sewaku sekarang tak sesuai.Kalau kat umah kat Kuching...waduh.banyak sekali orkidnya.Dan yang paling cantik borneo orkid yang putih ni.Bunganya tahan lama. Cantik sangat.Kalau sesiapa yang lalu kat umah aku mesti berenti dan nengok bunga tu.Tapi kalau dok umah sendiri nanti, memang aku nak tanam orkid ni. Tak sabarnya nak ada umah sendiri.Takpe..sabar,sabar....

AWARD DARI UMIE LAGIK




Syarat2 menerima award ini:


1. Pastikan jantina anda ialah perempuan2.


Copy badge sebagai award anda


3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

> saya isteri kepada MR.SHAM BIN DIN


>insyaallah ..menjadi ibu kepada anak-anak kami


>suami sayang sangat kat lea.


>suami ambik berat sangat kat lea


>suami melayan lea sebagai isteri dan sahabat yang baik


>suami tak mengongkong lea.buat apa je...(yang baiklah)asalkan bagi tahu dia.


>sebagai sebagai seorang pompuan...suami memang menjaga lea sebaik-baiknya...thanks bang.......

*****nak nangis aku ni.sebak sangat.




4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda . now , this beautiful award goes to


sapa-sapa yang singgah kat blog aku ni.

KISAH ARTIS MALAYSIA 1 - AKO MUSTAPA


Penjara dakwah Ako




HULU KLANG: “Hukuman ini sebagai satu dakwah kepada Ako dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan dilarang agama,” kata Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadap pelakon terkenal, Ako Mustapha.

Ako Mustapha atau Muhaizat Ahmad Mustapha, 37, disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam.Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Ako datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu dan membuat pengakuan bersalah selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding

.Wan Mahyuddin dalam penghakimannya, berkata Ako sebagai seorang Muslim sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pasangannya bukan Islam dan tidak seharusnya duduk berdua-duaan kerana ia akan membawa kepada dosa lebih besar iaitu zina.“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan akhirat, maka jangan dia berkhalwat dengan perempuan tanpa mahram.

Tertuduh seorang pelakon dan menjadi ikutan serta idola terutama kepada remaja Islam.“Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah mengambil kira masa tangkapan iaitu pada jam kira-kira jam 1 pagi, tertuduh mempunyai niat untuk bermalam di situ dan keadaan tertuduh yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju,” katanya.Wan Mahyuddin berkata, mahkamah mengambil kira kegagalan Ako hadir bagi mendengar prosiding khalwat itu sejak mula disebut 2007 sehingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap, awal Januari lalu.“Perbuatan ini (tidak hadir) seolah-olah penghinaan kepada mahkamah.

Walaupun dalam rayuan, ini kesalahan pertama yang dilakukan tertuduh, tetapi prinsip mencegah lebih diutamakan. Gejala sosial terlampau teruk walaupun hukuman maksimum dikenakan, ia tidak memberi kesan.“Mereka seolah-olah bangga dengan perbuatan tidak bermoral ini. Kita perlu tutup lubang maksiat. Jika dijatuhkan hukuman ringan, kesalahan ini akan dianggap remeh. Mahkamah bimbang ia menjadi ikutan,” katanya.

Terdahulu peguam syarie, Zuhri Zabudin Budiman dalam rayuannya, berkata anak guamnya insaf dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.Ako yang memakai kemeja biru dan berseluar hitam terkejut selepas keputusan dibacakan pada jam 10 pagi.Zuri Zabudin memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.Wan Mahyuddin memerintahkan permohonan itu difailkan serta-merta.

Sementara menunggu permohonan itu difailkan, pegawai membawa Ako ke pejabat agama sebelum permohonan penangguhan itu disebut semula di mahkamah pada jam 4 petang.Zuri Zabudin dalam permohonannya itu berkata anak guamnya memohon pelaksanaan hukuman ditangguh sementara menunggu keputusan rayuan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam. “Isteri Ako, seorang suri rumah, Kartina Shuaib Abdullah, 27, tidak bekerja. Jika hukuman penjara dikenakan, Ako sebagai pelakon akan hilang wang pendapatan untuk menyara keluarganya,” katanya.

Wan Mahyuddin dalam keputusannya membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu.Bagaimanapun, beliau memerintahkan denda RM3,000 dibayar serta-merta dan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan.Ako ketika ditemui enggan memberi komen sebaliknya hanya mengatakan: “Saya dalam proses menerima keadaan ini.”

RINDUNYA KAT MEREKA ...


Rindu benar kat mereka ni.Tiba-tiba teringat klt kuarga kat Kuching. Bulan sembilan ni baru balik. Lama lagi....Tak sabar nak balik Kuching. Mak...lea rindu. Datanglah sitok. Leh teman lea kat sitok.Laki aku esok baru balik.Lepas tu miungkin outstation lagi. Tinggallah aku sorang kat umah.

HIMPUNAN PETUA MELAYU

Hilangkan karat pada gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.
Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia jug
a dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan
Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.
Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.
Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.
Hilangkan Kesan Teh
Ambil saja sedikit ubat gigi dan sapu pada kole atau gelas yang ada kesan berkarat dari teh. Ambil sehelai kain bersih dan gosokkan padanya. InsyaAllah kesan teh akan hilang dengan mudah dan gelas atau kole anda tidak akan tercalar.
Elak ikan melekat ketika digoreng
Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba
Menjadikan wajah berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah
Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Menghilangkan demam campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Karipap lebih rangup
Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Memudahkan mengopek kerang
Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan
Mempercepatkan pembekuan agar-agar
Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur
Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya
Menghilangkan bau nasi hangit
Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti
Kacang hijau cepat empuk
Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.
Cara membersih botol susu hingga berkilat
Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Selasa, 21 April 2009

LAGU AF MINGGU KE 7

PELAJAR LELAKI

YAZID -WITH OR WITHOUT YOU (U2)
ARIL - NAKAL (GIGI)
HAFIZ - KAU YANG PUNYA (MALIQUE/ NAJWA)
AKIM - SITUASI (BUNKFACE)

LAGU BONUS – FIONA (4U2C)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - WHEN YOU'RE GONE (AVRIL LAVIGNE)
AISHAH - FLORA CINTA (MIN MALIK)
ISMA - TAK MUNGKIN KERNA SAYANG (ALYAH)

LAGU BONUS – UNTUKMU (FEMINIM)

MACAM-MACAM HAL HARI NI

Aku E.L hari ini.Kereta takleh start pulak dah. Aku yang dah siap nak g kerja dah.Iskh.GERAMYA AKU. Waktu tu jam baru 6.20 pagi.Aku malas nak g lewat kang parking susah.Nak letak bawah keta aku asyik kena block manjang.Nak menolak tu paling aku tak suka.Kalau keta kancil tu oklah.Ni keta besar2x.Nak patah pinggang aku.Kang parking belakang pulak, Dah kuar asyik nak bertembung ngan keta lain pulak. Sakit hati betullah.Jalan dua lane je yang dok parking lane kuar tu pasal. Kalau keta korang kena langgar baru padan muka. Jangan nak salahkan orang.

Berbalik ngan citer aku tadi, nak g worksyop memamg takleh . mana ada yang bukak lagipun keta aku tak leh nak start. Aku call laki aku kat Johor. Dia cakap nanti dia call kawan dia yang ada bengkel tu. Jam 10 baru dia sampai.Penatnya aku tunggu.Dengan tak makan lagi ni. Dah tu keta kena bawak bengkel dia.Suka hatilah.Ko cakap jelah ngan Sham kat Johor.Aku tak tau dah.Aku tau bawak dah. Jam 2.20 baru dia hantar kereta balik.Macam mana nak g kerja waktu ni. Memang kena cutilah ni.Adui.Cuti dahlah tak banyak.Nak balik Kuching lagi.

Hari ni badan aku menggeletar lagi.Rasa nak pitam je.Dah tu berdebar-debar je rasa hati. Semalam kat opis kena jugak. Doktor check tekanan darah aku ok, jantung semua ok. Kandungan gula dalam darah pun ok. Dia cakap aku ni banyak pikir ni. Takdelah jugak yang aku pikir. Biasa je.Dia bagi ubat penenang kat aku.Aisk. Dah macam org sakit jiwa ke aku ni. Aku tak makan pun ubat tu.Mungkin aku penat sangat kot. Entahlah.Tadi bawak tido skejap.Oklah sikit.

Aku harap esok aku ok dan kereta aku ok.Thank nasir tolong akak. Nanti bil-bil repair kereta tadi ko bagi Bang Sham ko ye. Hari Khamis baru dia balik. Peninglah kalau macam ni selalu. Nak li kerte baru, aku dah sedap dah bawak kereta tu. Sayanng. Suami dah habis bayar pun dah.Takpe. . Kalau kita sayang lagi kat dia(kereta)dia pun sayang kita kan.

Isnin, 20 April 2009

CARA YANG BETUL JAWAB TELEFON


Ni aku dapat dari email.layan....

Camnih kalo nak jawab tipon .
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul.jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator)

1.soalan: haloo.may i speak to ain please?
jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6.soalan: haloo ain,buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... .time kacih.

8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannye. jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.

12.soalan: assalammualaikum...
jawapan: waalaikummussalam..

(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

hehehehe.Korang nak ke jawab tepon macam tu.

MAKAN MALAMKU

hehehehehe.
Aku nak gelak dulu. Malam ni lauk aku ikan sardin ngan sambal asam.Simple je kan.Nak masak lebih2x takde org nak makan.Laki aku masih kat Johor.Apa yang ada jelah. Laki aku khamis ni baru balik.Rindulah kat dia.Aku sunyi.Kalau dia ada nak cari gaduh je ngan dia. Gaduh manja-manja je. Dah jauh rindu pulak.Sebab takde orang nak usik aku. Abang...miss u so much.Cepat balik ye bang.

BROADBAND CELCOM




Yahoo.......aku dah dapat dah.Ni pun suami aku yang belanja. TQ bang. Kami beli kat GIANT Bandar Puteri. Dulu masa beli kat sepupu aku yang belajar kat Melaka tu RM 499.00.Campur first month punya bayarn RM 567. Tapi aku punya semalam RM 399 + RM 68= RM 467.Sonoknya.Sebelum ni leh online kat opis je.Tak pun kat opis suami.Sekarang leh online kat umah pulak.

KONSERT AF minggu ke 6

tiket konsert
suasana kat Dewan Sri Putra.Waktu ni duduk kat belakang lagi

Qhaud dah kuar dah.Best dia perfome malam tu.

Hafiz ngan aishah ok.Tapi biasa-biasa jelah.Yang penting aku tetap sokong mereka.

Balik dari Imbi suami ajak g tengok konsert AF. Aku tanya sempat ke.Dah jam 5.30 time tu.Suami aku cakap sempat.Terus singgah kat Bukit Jalil.Beli tiket.Dah tu g balik umah.Dengan jem lagi depan IOI Mall Puchong.Dengan traffic light lagi nak lalu kat tempat aku tinggal. Sampai umah 6.30 petang.Nak mandi lagi. Nak solat lagi. Dha tu lapar lak.Teringat-ingat ayam masak kicap yang aku masak tadi. Suami aku cakap lepas magrib terus gerak. Kmai gerak dari rumah 7.40 mlm. Pintu dewan Sri Putra bukak jam 8.00 dan mesti duduk sebelum jam 8.20 mlm.Kami sampai jam 8.00 mlm.Pintu baru nak bukak.Tempat duduk kami DD 47 dan DD48. Kat barisan 3 dari belakang.Betul dekat ngan tangga.Elok sanagtlah tu. Tapi jam 8.30 tu org2x ASTRO cakap yang belakang leh perlahan-lahan dok depan. Aku ngan suami duduk di barisan 3 dari depan.Betul-betul dekat ngan pengkritik. Dato, Khaty lawalah dekat2x.Edry Hashim rambut macam pompuan.Adlin lak lembut je aku tengok.Tapi bila je bukak mulut...habis.......AC?...ok... Sarimah comel je dia. Tiara ok.Manis je orgnya.

Sebab aku ngan suami nak tengok konsert minggu ni sebab ada LIVEBAND.Kami berdua minat LIVEBAND.Dulu selalu lepak kat Bukit Bintang.Kadang2x ada band yang perfome. Konsert ni bagi aku Qhaud best sangat2x.Walaupun aku minat HAFIZ.Tapi hafiz taklehlah bawak lagu rock.Kalau BALADA ok...Claudia showmanship dia best.Enjoy tengok dia. Isma...biasa-biasa saja.Entah apa org minat dia ni.
MINGGU NI JE YANG PALING BEST SEBAB ADA LIVEBAND.AKU MINAT EXTRANGE, KRISTAL,COKLAT DAN SEMESTINYA LEFHANDED. BEST.......PELAJAR-PLAJAR SO SO JELAH.

PLAZA IMBI

jem kat kl. tak tahan aku.
baby mouse warna biru
Ni LCD yang lama.Ni je RM400.Leh buat cermin ni kot...hehehe
Ni laptop aku ngan LCD & RAM yang baru
Nilah cooler fan untuk laptop aku.
Hari sabtu lepas g Imbi Plaza ngan suami.Nak repair laptop aku. LCD rosak.Tanya kat Puchong RM 700. Kat Imbi lak RM400 je tukar LCD.Dah tu nak upgradekan RAM laptop aku sekalilah.Upgradekan RAM ke 2G RM 100 je.Jadilah RAM laptop aku 2.5 G.Oklah. Kalau dah kat Imbi, tak sah tak li benda lain.Aku beli baby mouse warna biru.Ingat nak ambik pink.Tapi kadang-kadang suami aku pun pakai gak laptop aku.Tak bestlah lelaki pakai pink. Dah tu beli cooler fan utk laptop.RM35 je.Dan semestinya MR.Sham yang bayar.Hari Sabtu jem bebeno kat KL. Mula-mula nak g Low Yatt. Tak jadi lak. Dha tu kena pusing.Tu yang sampai 2 am dalam kereta. KL kalau jem..tu yang tak tahan tu.TENSION.....