MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 5 Disember 2009

KETUA PESURUHJAYA BARU SPRM


Mohon berhenti lima bulan awal, Abu Kassim ketua baru SPRM KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru SPRM mulai 1 Januari ini, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang berundur lima bulan lebih awal. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata Ahmad Said, 57, mengemukakan notis bertulis memohon kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010, dipendekkan pada 31 Disember ini. Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sidek berkata, kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Said atas sumbangannya sejak menerajui SPRM mulai 14 Mei 2007.

Difahamkan, Ahmad Said menghadapi tekanan, terutama daripada parti pembangkang yang mendesaknya melepaskan jawatan berikutan laporan indeks rasuah global Transparency International tahun ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-56, berbanding tempat ke-47 tahun lalu.

Kedudukan terburuk Malaysia sejak 15 tahun lalu itu memberi kesan ketara terhadap kewibawaan SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Selain itu, beberapa isu termasuk kes kematian Teoh Beng Hock, 30, ketika disoal siasat di pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai lalu, turut mencemarkan imej suruhanjaya berkenaan.

Rentetan kejadian itu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi di luar waktu pejabat.

Ahmad Said ketika dihubungi Berita Harian, bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sebab beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak perkhidmatannya, lima bulan lebih awal.

Beliau cuma mengucapkan tahniah kepada Abu Kassim dan berharap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru itu dapat menjalankan tugasnya dengan baik bagi meneruskan kecemerlangan serta meningkatkan integriti SPRM.

Abu Kassim yang menyambut hari jadinya yang ke 49 hari ini, pula berjanji akan meneruskan usaha membanteras rasuah di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan tugas yang sebelum ini dipikul Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

"Dengan pelantikan ini, bermakna saya perlu memikul tanggungjawab lebih besar dengan sebaik-baiknya dalam usaha memenuhi harapan rakyat untuk melihat negara bebas rasuah," katanya.

Abu Kassim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat, memulakan kerjayanya di BPR pada 1 September 1984 sebagai pegawai siasatan.

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, juga pernah memegang jawatan Pengarah Perancangan dan Koordinasi Dasar di ibu pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia serta dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti Amanah Raya Berhad.

Abu Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Januari 2007 dan selepas Akta SPRM diwartakan pada 1 Januari lalu, beliau dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

sapa nanti jadi TKP I dan TKP II ye nanti.



1 ulasan:

  1. pendapat sy:
    TKP 1 - tok yah dan TKP 2 - dato' shukri...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.