MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 11 November 2009

MAKAN TIME AGAIN N AGAIN

Semalam sekali lagi aku rajin memasak. Semalam MR SHAM ambik aku kat tempat kerja.Yelah mestilah kan sebab dia yang htr aku kat tempat kerja. Balik tu singgah kat pasar tani kat PUTRAJAYA.Adui....kotor selipar aku. becak. Yelah hari lepas hujan.Takpe....demi makan malamku malam semalam aku redahkan juga. Semalam beli sayur, ikan, udang dan sotong.Tengah aku berjalan jalan YAHOO.COM...ikan sembilang. Hmmmm...buat asam pedas syok ni. Akhirnya ikan sembilang berada di dalam periuk di rumah aku.
Ok menu aku semalam
IKAN SEMBILANG ASAM PEDAS
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
TEMPOYAK GORENG
Meh aku tempekkan gambar.
asam pedas ikan sembilan yang membangkitkan selera makan ku.kepalanya yang paling sedap. tu yang buat makan tak hingat.
siput sedut pun tak kurang hebatnya. Nikmat menyedut tu yang buat tak hingat sehingga bertambah nasi di dalam pinggan

tempoyak goreng.bak kata pak sedaraku..patah jari dok melenyek tempoyak. tangkap leleh guna cakap sama lu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.