MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 5 Oktober 2009

SABTU EDISI MALAM LAK

Lepas g air show tu singgah makan dekat Bandar Bukit Puchong dekat Kedai Tuan Faridah. Dekat sini yang paling top ayam kampung goreng.Tapi aku tak makan pun.Aku makan ikan patin gulai tempoyak ngan pucuk paku tumis belacan.Sedapnya...Nikmat...Makan tengah hari jam 4 pm. Lepas makan hantar pakcik n makcik ke Putrajaya.Janji ngan merka jam 8 ambik mereka untuk makan malam.
On the way balik dari Putrajaya, suami aku cadangkan agar aku masak je untuk mak cik n pakcik aku. Ok...menu yang dicadangkan oleh laki aku rendang ayam, sayur campur, siakap stim, ngan telur dadar. Balik tu singgah kedai jap nak beli bahan2x yang perlu.Makcik pakcik aku ni jaga mkn sikit.Yelah..Dan berusia.Mereka suka makan yang stim, rebus n panggang. Sampai umah bermulalah misi aku.Nasib baiklah MR.SHAM tolong hiris bawang dan seangkatan dgnnya.Siap blend sekali. Senanglah kerja aku sikit.
Sebelum ambik pakcik n makcik kat Putrajaya, aku laki bini harus pergi ke jemputan rumah terbuka jiran aku kat bawah. Dua pulak tu.Sebelah menyebelah lak tu. Tak pergi kang, org dah jemput.Tak pergi nanti nak kuar kena lalu depan umah mereka.Pergilah..Lagipun mereka berdua baik ngan aku. Lagipun kan aku selalu tinggal seorang. Apa2x hal senang.Tak rugi buat baik ngan jiran kan.
Jam 8.45 baru g Putrajaya.Sian mereka lama tunggu.Sampai2x aku terus buat sayur campur dan hidangkan makanan. Laku jugak rendang ayam dan siakap stim aku tu.Jam 12 tgh malam baru htr mereka balik.Siannya aku tengok mereka.Yelah...letih. Lepas tu aku tido.....Esok ada misi lagi.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.