MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 8 Oktober 2009

AWALNYA...

8 OKTOBER 2009

Gaji untuk bulan Oktober untuk kakitangan kerajaan.Awal tul.....Dah tu bulan November gaji 25hb.Berapa lama nak tunggu gaji bulan November tu. Perbelanjaan kena rancang betul betul .Jangan awal dapat awal jugak habis. Lama lagi masa tu.
Yelah...kuasa wang sekarang.Kalau ada duit semua leh dapat. Tapi kalau org bercinta tu tak kisah dengan wang.. kasih sayang dah cukup.Ye ke? Tapi 2x kena sama.Wang ringgit tu penting.Tak banyak sikit pun cukuplah. Kalau sikit kita buat cara sikit.Kalau banyak suka hati kitalah.Jangan pulak sikit tapi lagak mcm mcm banyak.Tu yang makan diri . Of coz kasih sayang memanng penting jugak.Tu aku cakap kene seiring keduanya. Mungkin korang ada pandangan dan pendapat sendiri.
Kasih sayang memang penting untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.Tapi dengan wang ringgit jugak ia membantu pewujudan keluarga yang bahagia itu. Duit penting nak beli umah/mcm aku sewa umah, makan, minum,pakai, duit minyak lagi. Tu pasallah sekarang org berlumba lumba nak cari duit.Tapi yang penting kita ikut kemampuan kita.
Oklah...aku hari ni MC.Sakit perut yang amat sgt.Tak leh makan pedas, makan pedas jugak.Kalau tak makan pedas tak puas rasanya.Tapi dah...memakan diri sendiri. Ketandas berulang kali. Tido jadi tak cukup semalam. Adui...Badan rasa lemah dah ni. Nak makan tak berani.Aku minum air suam ngan makan sekeping roti je.

PERUTKU MENYANYI RIANG

Perut oooo perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit kau yang salah makan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.