MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 20 Ogos 2009

TIP DI SAYANGI SUAMI

"Setiap isteri pasti ingin dicintai dan disayangi suami. Asal tahu kuncinya, isteri dapat menciptakan suasana kehidupan rumahtangga yang hangat dan penuh cinta.


1. Berilah rasa hormat pada suami, seperti yang anda berikan pada teman anda. Jangan memarahi atau mengejek suami di depan anak-anak mahupun teman-temannya.

2. jangan berleter tetapi berbincanglah dengan suami apabila ada hal yang tidak disukai.

3. jangan terlalu sibukkan diri dengan rumah dan anak-anak hingga perhatian pada suami berkurangan.

4. Buatkanlah hubungan seksual menjadi sesuatu yang mengasyikkan dan sering mengambil inisiatif untuk menyingkirkan kerutinan dari kehidupan seksual anda selamanya.

5. Buat suami anda rasa dirinya penting di rumah dengan menaruh perhatian dan kepercayaan pada kemampuannya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang menjadi tanggungjawabnya sebagai lelaki. Misalnya, membaiki beberapa kerosakan ringan dirumah dan sebagainya.


6. Masakkan masakan kesukaannya dan simpan barang-barang peribadinya di tempat yang mudah dia menemukannya.

7. Buatlah diri anda selalu menarik di hadapan suami. Jaga kesihatan dan kebersihan kulit tubuh serta wajah. Perhatikan berat badan, jangan terlalu gemuk kerana selain tidak baik untuk kesihatan penampilan juga tidak menarik.

8. Pada hari ulang tahunnya, hantarkan kek atau makanan lain ke pejabatnya hingga teman-temannya tahu yang dirinya disayangi isteri.

9. Bersikap terbuka dengan suami mengenai masalah rumah tangga, termasuklah masalah seksual anda berdua.

10. Berbanggalah terhadap diri anda sendiri sebagai seorang isteri dan ibu dalam rumahtangga
anda."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.