MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 26 Ogos 2009

SEMALAM PUNYA CERITA

Semalam dah sorang-sorang je , aku dok memasak tunjuk tunjuk je kat bazar ramadhan.Sebelum tu dah beli lauk jugaklah kat Mak Marezan.Makcik yang kerja kat opis tu.Dah masuk 3 kali puasa aku kat sini , selama tu jugaklah bulan puasa , dia dok menyorong troli yang penuh dengan makanan dan akan habis sebelum jam 2 petang.Dia start berniaga jam 1.0 petang dekat dengan lift.

Petang tu g pasar ramadhan aku beli ayam percik, ikan bawal sweet sour , nasi ayam ngan air kelapa. Nasi ayam ngan ayam percik aku makan time berbuka. Time berbuka...lagilah sorang sorang, sunyi betul rasanya.Teringatlah pulak family kat Kuching.Mak ayah, adik adik. Dan yang paling teringat bubur pedas mak aku buat. Sedap......adui...sedihnya aku....Sorang-sorang...Tangkap lelehlah pulak.

bubur pedas.terliuq dah aku ni.

sedih...sunyi...sedap aku sorang-sorang kat umah..uwaaaaaaaaaaaaaa

Semalam letih betul rasanya.Lepas berbuka, aku sembahyang maghrib, lepas tu landinglah kat sofa kat umah.Landing.terus sampai ke Sarawak.Tak pun Kluang...hahahahha.(Laki aku kat sana.)Aku tersedar jam 11.00 .Ayo..yo..yo...amma.....appa....Kelam kabut aku ambik air sembahyang, sembahyang isyak dah tu.boommkan diri atas katil.Tido.........ZZZZZZZZ

lena aku tido semalam...penat woooooo
Sekian, terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.