MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 26 Julai 2009

CERITA MALAMNYA ....

Aku ngan laki aku g IOI.Sebab laki aku nak beli tali pinggang.Kebetulan JUSCO ada sale.Pergi kami...Kami berdua bawak anak buah sekali angah ngan alif.Sesekali bawak mereka jalan-jalan. Mula-mula g kedai DAISO.Kedai Jepun dan jual barang-barang jepun.Laki aku nak cari barang. Aku pun tak tau barang apa.Aku kalau masuk kedai ni benda yang aku cari kipas tangan.Macam-macam kaler.I like.............Setakat ni dari kedai ni aku dah beli 6 kipas tangan dah.Cantik2x.Semalam dok tambah 4 lagi.Hahahaha.Laki aku dah paham hobi aku dok layan jelah.........Lepas tu g JUSCO carik tali pinggang.Aduiii dok nunggu dia memilih aku pulak yang membeli.Aku dah terbeli slig bag.Carlo Rino.Harga asal 300++ after less 70++.Yahooo...dah dapat.Yang bestnya...cik abang yang belanja.Lepas tu bawak budak-budak makan kat KFC.Lama dah rasanya tak makan KFC. Tapi semalam entahlah. Tak selera pulak aku.Jadi yang dok mengahabiskannya...laki aku adalah.MR.SHAM BIN DIN yang semakin sihat.

suka tengok mereka makan.berselera betul

kipas baru yang aku beli.nanti nak tambah lagi koleksi ini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.