MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 11 Jun 2009

ROSLI DHOBI






Semalam tengok dekat Astro.Cetita mengenai Rosli Dhobi. Best jugaklah.

WAKTU SIARAN:
episod: 1, 3, 5, 7
Rabu: 9pm/Sabtu: 6pm/Isnin: 11:15pm/Rabu: 12:45pm
episod: 2, 4, 6, 8
Khamis: 9pm/Ahad: 6pm/Isnin: 12:45am/Rabu: 1:45pm

About The Program
Suatu Ketika... Warkah Terakhir11-Jun-2009, 9:00:00

PMGenre: DramaLanguage: Bahasa MalaysiaCast: Beto Khushairy, Melissa Maureen, Sherry Merlis, Rambhli Hassan, Nam Ron, Sazzy Falak, Anita Baharom, Shahrolnizam, Fikree Bakar, Riz AinuddinAlso Available: Starting 3 June, Every Wed & Thur, 9.00pm
Kisah yang dianggar dalam tahun 1949 adalah mengenai seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang telah membunuh gabenor british ke Sibu bernama Duncan George Stewart dan telah digantung sehingga mati kerana perlakuan tersebut.

Semuanya bermula ketika pentadbiran Vyner Brooke. Keputuasan Vyner Brooke dibantah keras kerana ia bertentangan dengan dasar Perlembagaan pada 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Kebanyakan bumiputera menentang namun begitu, bantahan tersebut tidak dihiraukan oleh Vyner Brooke apatah lagi kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris menganggap cadangan penyerahan Sarawak diterima oleh seluruh rakyat Sarawak. Ekoran daripada keputusan itu, kerajaan Inggeris mengisytiharkan Sarawak sebagai jajahan Mahkota kerajaan Inggeris pada 1 Julai 1946. Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession atau anti-penyerahan yang akhirnya membawa kepada tragedi 3 Dis 1949 dengan terbunuhnya Gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan George Stewart yang dilakukakan oleh Rosli Dhobi dan dibantu rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek. Catatan detik akhir Rosli Dhobi ini berasaskan beberapa sumber yang terlibat secara langsung. Detik-detik akhir beliau ialah kesimpulan daripada himpunan penceritaan rakan-rakan beliau dan ulasan akhbar Utusan Sarawak. Rosli Dhobi dilahirkan pada 1930 di kampung Pulo, Sibu. Pada masa remaja, allahyarham merupakan seorang yang pendiam dan tidak suka bercakap banyak apatah lagi mengenai perkara yang tidak berfaedah namun Allahyarham mudah bergaul. Allahyarham seorang yang bijak dan amat minat membaca dan disifatkan sebagai seorang yang matang pemikiran sehingga dikagumi rakan-rakannya.

Pada 1949, Rosli mengajar di Sekolah Rakyat Sibu setelah berhenti daripada perkhidmatan kerajaan yang ketika itu masih menuntut di Sekolah Mefhodist dalam Standard 6. Sebagai seorang guru dan juga nasionalis yang berpendidikan, Rosli memiliki cara sendiri mengutarakan semangatnya. Antaranya termasuklah merakamkan sajak yang disiarkan di Utusan Sarawak pada 28 Feb 1949 yang bertajuk Panggilan Mu Yang Suchi dengan menggunakan nama samaran lidros kerana ketika itu pihak kerajaan British sentiasa memerhati dan mengawasi mereka yang terlibat dalam sebarang gerakan nasionalisme kerana sajak tersebut berunsurkan propaganda untuk menyemarakkan semangat nasionalisme dan disebabkan itu Rosli menggunakan nama samaran Lidros. Penglibatan Rosli Dhobi bermula pada Ogos 1949 di mana ketika sedang berjalan-jalan di bandar Sibu, Allahyarham terserempak seorang kenalan bernama Bujang Suntong dan bertanyakan mengenai Rukun 13 yang diketuai oleh Awang Rambli. Tujuan Rukun 13 yang utama ialah untuk membunuh Gabenor dan pegawai British lain. Untuk mendapat kepastian, Rosli telah pergi ke rumah Awang Rambli dan Awang telah menyatakan bahawa orang yang paling sesuai untuk melaksanakan tugas untuk membunuh Gabenor adalah Rosli sendiri. Rosli akhirnya bersetuju dan memilih Morshidi Sidek sebagai pembantu. Pada 3 Dis 1949, Rosli dan Morshidi telah terlebih dahulu menunggu di sekolah methodist dengan membawa bersamanya sebilah badik dan sebuah kamera. Kamera tersebut diberikan kepada Morshidi bagi tujuan mengambil gambar Gabenor dan pada masa sama Rosli membawa badik untuk menikam Sir Duncan Stewart

Apabila Gabenor melalui kawasan yang dikelilingi orang ramai, Rosli terus menikam perut Duncan dan darah merah keluar dilihat dari baju berwarna putih yang dipakai oleh Duncan. Akhirnya Duncan mati di situ juga. Rosli dan Morshidi telah ditangkap dan dipenjarakan di penjara. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan daripada Rukun Tiga Belas yang berjuang menentang penjajah turut disumbat ke dalam Penjara Pusat di Kuching menanti saat dibawa ke tali gantung.Hari terakhir Allahyarham sebelum ke tali gantung, sempat menulis wasiat terakhir kepada keluarga yang dicintai. Sebuah sajak ditulis dengan goresan hujung kuku ibu jari tangan kanannya yang tajam sehari selepas Allahyarham Rosli dipenjarakan. Tanggal 2 Mac 1950 menyaksikan perginya dua pejuang kemerdekaan ke tali gantung, Rosli Dhobi dan Morshidi Sidek. Jasad mereka disemadikan dalam satu makam yang sama, tanpa nisan dan tanpa nama. Seminggau selepas itu, Awang Rambli dan Bujang Suntong turut mengikuti jejak Rosli dan Morshidi kerana menderhaka kepada Raja Britain.

Atas tuntutan rakyat, pada tanggal 2 Mac 1996, akhirnya pahlawan-pahlawan yang sudah lama bersemadi di pusara penjara Pusat Kuching kembali juga ke pangkuan bumi pertiwi tercinta. Keempat-empat keranda yang berisi tulang-tulang rangka sememangnya layak menerima penghormatan terakhir. Memandangkan negarawan ulung ini sanggup berkorban nyawa demi negeri tercinta, sewajarnya pusara mereka dipindahkan ke tempat persemadian yang lebih aman di tempat asal mereka, Sibu. Perjuangan seperti inilah yang diperlukan oleh generasi hari dalam menanamkan semangat mempertahankan negara dari dijajah oleh bangsa asing. Usia muda bukan penghalang bagi kita untuk terus memartabatkan diri, demi agama, bangsa dan negara. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang-pejuang yang terkorban dalam mempertahankan negara tercinta ini



1 ulasan:

  1. MERDEKA INI PERLUKAN PENGISIAN BUKANNYA MENJADI SUMPAH PENUH PEMBOHONGAN...TEMUI SAYA DI IDHAMLIM.BLOGSPOT.COM

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.