MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 15 Jun 2009

EMTRY MAKAN 2 -AHAD 140609

Hari ahad mcm biasa.Lepas olat subuh aku tido balik.Bangun kul 10.00. Laki bini bangun lewat. Bangun tido terus mandi, basuh kain.Laki aku ckp ,tak yah masak.Makan luar.Kat kedai Pak Ali.Makan tengah hari teruslah. AKu makan sayur nangka masak lemak, sambal tempoyak dan makanan kegemaranku ikan keli goreng.Suami aku pun sama gak. Oklah. Balik umah leh rehat. Petang karang baru masak. Yahoo......leh tido sekejap. Dah petang dalam kul 3, baru terpikir nak amsak apa. Dalam peti sejuk takde lauk dah.Cuma ada dging kisar. Oklah...Buat spagetti.Nak makan kat Pizza Hut?....Tak naknya laki aku.Laki aku pantang betul masuk Pizza Hut.Bukan tekak dialah. Fast Food yang dia leh masuk KFC ngan MCD je.Takpelah.Ada bahan-bahannya AKu masak jelah. Ni lah resepinya

Bahan-Bahan:

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato
puri250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa
Cara:
Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.