MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 17 Mei 2009

YEYEYEYEYYE



Hafiz JuaraDebaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104)Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia ituSekaligus menewaskan 4 finalis lain iaitu Yazid, Akim, Isma Aril apabila beraksi dengan baik pada malam itu menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih JelasDengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofiSementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru ToksikDengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofiTempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofiBerasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantapMohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofiIsmaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiriKonsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan SidiSelain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik BunkfaceKonsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman RamlieSemua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi





Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini


Kedudukan undian sebelum konsert bermula


PELAJAR PERATUSAN (%)


HAFIZ 44


ARIL 22


YAZID 15


AKIM 13


ISMA 6





Kedudukan undian selepas undian ditutup


HAFIZ 46


ARIL 22


AKIM 18


YAZID 9


ISMA 5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.