MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 3 Mei 2009

MANIK PENYERI BAJU


Apabila menghadiri majlis yang istimewa seperti majlis perkahwinan, kenduri atau makan malam di hotel, biasanya wanita mahukan baju yang istimewa dan lebih cantik daripada kebiasaan.

Tentu mereka tidak mahu memakai baju yang biasa dipakai ke pejabat dan baju yang sama juga dipakai ke majlis. Terasa seperti tidak seronok dan mungkin juga berasa seperti diperhatikan kerana baju yang dipakai itu tidak sesuai dan nampak terlalu ringkas.

Baju yang hendak dipakai ke majlis biasanya lebih istimewa, cantik dan yang memakainya juga sudah pasti berasa gembira dan yakin dengan penampilan anda. Tidaklah anda terasa kekok apabila melangkah dan jika ada yang memandang, itu adalah kerana baju yang anda pakai itu nampak cantik.

Justeru ada yang sanggup berbelanja lebih sedikit untuk membeli baju yang sesuai ke majlis. Kebiasaannya baju kurung moden atau baju kurung pesak Betawi menjadi pilihan untuk dipakai ke majlis rasmi atau majlis perkahwinan dan pertunangan.

Jenis fabrik juga berbeza kerana fabrik yang mahal akan menampakkan keindahan potongan baju tersebut. Fabrik seperti sutera Shantung dan sutera sifon yang lembut, selesa dan berkilat menjadi pilihan untuk baju kurung moden dan kurung pesak Betawi ini.

Fabrik jenis ini juga menjadi pilihan utama D'Anna Boutique bagi rekaan baju kurungnya yang istimewa untuk majlis-majlis istimewa.

Fabrik polos tanpa corak ini lebih terserlah keindahannya apabila dijahit dengan manik-manik yang pelbagai warna.

Terdapat pelbagai warna yang boleh dipilih sama ada warna-warna terang atau warna lembut bergantung kepada majlis yang hendak dihadiri.

Manik yang dijahit tangan dengan begitu halus dan teliti pada bahagian leher dan hujung lengan ini menjadi kelebihan pada rekaan baju kurung D'Anna Boutique sejak butik ini mula dibuka 10 tahun lalu.

Selain manik, tampalan renda Perancis pada hujung lengan yang ditambah dengan jahitan manik dan labuci menambah eksklusif pada baju kurung moden dan baju kurung pesak Betawi ini.

Lebih eksklusif ialah hanya terdapat satu saiz sahaja bagi sehelai baju dengan satu rekaan jahitan manik. Jahitan manik bagi setiap helai baju juga adalah berbeza.

Selain menjual baju yang telah siap, D'Anna Boutique turut menerima tempahan daripada pelanggan yang mungkin mahukan kelainan atau mempunyai idea sendiri mengenai corak jahitan manik yang mereka ingini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.