MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 5 Mei 2009

INOVASI FENDI


FENDI, jenama aksesori wanita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hari ini jenama tersebut mempunyai pengikutnya sendiri.

Selain mementingkan kualiti, Fendi juga dilihat sebagai satu jenama yang amat menitikberatkan soal reka bentuk yang penuh inovasi dan terkini.

Jenama tersebut yang diperkenalkan pada tahun 1925 oleh pasangan muda Edoardo dan Adele di Rom, kini bukan sahaja terus dikenali di seluruh dunia malah Fendi itu sendiri membawa maksud diperbuat daripada tangan.

Ini secara tidak langsung memberitahu bahawa kesemua produk jenama Fendi dihasilkan dengan tangan bermula daripada proses pemotongan hinggalah jahitan.

Untuk musim bunga/panas 2010, Fendi yang terkenal sebagai jenama yang sentiasa di hadapan kerana kualiti, imaginasi dan kreativiti yang menyerlah menampilkan kemewahan dalam bergaya memperkenalkan beg tangan koleksi terbarunya.

Koleksi tersebut pastinya memenuhi cita rasa dan memukau hati anda sebagai peminat kerana ia bakal menjadi ikon kontemporari.

Memegang tanda piawaian kemahiran Itali yang berkualiti di samping gaya fesyen yang tinggi, The Firenze Bag merupakan koleksi beg tangan yang pastinya memberikan si pemakai rasa selesa selain kelihatan praktikal untuk kehidupan penuh bergaya.

Himpunan terbaru kali ini menampilkan bahan mewah yang dipilih dengan teliti iaitu kulit anak lembu.

Berasaskan warna-warna yang menarik termasuk coklat, putih, hitam, kelabu, kuning dan hijau, himpunan The Firenze Bag menawarkan kepelbagaian pilihan hebat.

Bukan itu sahaja, corak serta reka bentuk yang santai dan feminin kelihatan eksklusif sekali gus memberikan ilham tersendiri dalam rekaan fesyen terkini.

Uniknya, beg tangan ini turut mempunyai dua lapisan dan ditampilkan dengan reka bentuk yang menarik.

Selain sesuai digayakan dengan baju moden, koleksi-koleksi ini juga sesuai digayakan dengan baju tradisional seperti kurung dan kebaya.

Malah reka bentuk yang dihasilkan juga sesuai untuk ke pejabat, kasual ataupun santai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.