MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 12 Mei 2009

GAYA SOLEKAN RAJA SEHARI

TIADA apa yang lebih bermakna bagi seorang wanita atau anak gadis ketika dia bersedia untuk diijabkabulkan.

Pada majlis bersejarah itu sudah tentu penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki bakal menjadi tatapan dan pandangan saudara-mara dan rakan-rakan.

Pada hari itu sudah tentu pakar hiasan, pakar solekan, baju pengantin dan sebagainya bertungkus-lumus memberikan yang terbaik hanya untuk si gadis.

Pakar solekan Lancome, Zamri Zainol, memberi tips dan berkongsi rahsia mengenai cara-cara solekan yang menarik untuk si gadis dan wanita yang mahu mengakhiri zaman bujang mereka.

Solekan waktu nikah

Solekan pada majlis akad nikah tidak memerlukan solekan yang tebal.

Pada majlis pernikahan, bakal pengantin akan dipastikan solekannya lebih ke arah keserian, ayu, feminin tetapi tidak terlalu kelihatan glamor.

Si gadis akan dikekalkan keayuannya yang tersendiri, tampak innocent, segar tetapi tetap anggun. Solekan smokey yang tebal tidak boleh dilakukan agar wajah tidak kelihatan ‘berlebihan’, sebaliknya bersesuaian dengan pakaian pada hari itu yang mengikut warna-warna krim, putih atau pun warna-warna lembut.

Justeru ia disesuaikan dengan upacara bersejarah, mengikat cinta dua hati yang tulus dan suci.

Seiring dengan warna-warna suci murni, keayuan, feminin dan kesegaran, begitu juga dengan warna solekan agar ia tidak berlebihan sehingga mencacatkan penampilan.

Solekan waktu bersanding

Berbeza pula ketika waktu bersanding. Solekan yang dikenakan perlu bertepatan dengan cita rasa yang mahukan raut wajah yang ditatap pada hari itu mesti berubah daripada asal.

Raut wajah yang berbeza dan ayu akan menjadikan solekan mampu menjadi perantara kepada mereka yang ingin melihat sesuatu yang berbeza pada diri pengantin.

Justeru solekan cara glam look akan diberi keutamaan. Solekan tebal dikenakan agar si pengantin tampak lebih berseri, ayu, anggun, tidak nampak penat dan berseri-seri.

Ini kerana pada hari bersanding si pengantin perempuan akan menjadi tatapan dari hujung rambut ke hujung kaki. Bukan solekan sahaja, baju pengantin, aksesori, penampilan dan sebagainya pasti menjadi tumpuan.

Namun begitu Zamri lebih memberikan tumpuan kepada solekan mata agar kelihatan lebih galak, besar dan seksi. Manakala warna-warna bibir pilihannya lebih lembut, warna kulit tetapi tetap seksi.

Apa pun, kemahiran membentuk tulang pipi (shading) dan bulu mata adalah perlu dalam setiap solekan bagi menampakkan perubahan si pengantin.

Solekan majlis nikah

1. Bedak asas gunakan UV Expert GN-Sheild SPF50 PA BB Base. Kemudian sapukan La Base Pro foundation Maquiliquide UV Infinite untuk meminimumkan garis-garis halus.

2. Bagi membentuk pipi atau raut wajah gunakan Star Bronzer Compact Bronzing Powder.

Oleskan bedak serbuk maquicake UV Infinite untuk solekan menjadi lebih tahan lama.

3. Membentuk kening dengan Le Crayon Sourcils Brun.

4. Sapukan kelopak mata dengan Ombreabsolue Quad F 25 untuk mata kelihatan lebih berseri.

5. Bentukkan kelopak mata dengan Le Crayon Khol Pencil Black sebelum mengoles bulu mata untuk tampak lentik gunakan Virtuose Precious Cells Mascara.

6. Sapuan pemerah pipi Blush Subtitle 20.

7. Bagi menamatkan solekan yang sempurna gincu bibir Juicy Tubes digunakan.

Solekan majlis bersanding

1. Sapuan asas gunakan UV Expert GN-Sheild SPF50 PA BB Base. Sapukan pula bedak asa La Base Pro Teint Renergie Lift R.A.R.E PO untuk meminimakan garis-garis halus.

2. Untuk membentuk tulang pipi gunakan Star Bronzer Compact Bronzing Powder. Selepas itu sapukan Maquicake UV INfinite La Rose Liberte bagi kulit yang lebih bersinar dan remaja.

3. Bentukkan kening dengan Le Crayon Sourcils Brune.

4. Sapukan pembayang mata Ombre Absolue Quad C10 dan gariskan mata dengan Le Crayon Khol Pencil Black untuk menggabung dan menampakkan mata lebih ke dalam dan besar.

5. Gunakan juga pensil pembayang mata cecair Le Crayon Khol Pencil Black dan maskara Oscillation Power Mascara untuk mata tampak galak.

6. Oleskan pemerah pipi Blush Subtitle 02 untuk memaniskan pipi.

7. Gunakan Color Fever Gloss 308 untuk melengkapkan solekan bibir.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.