MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 13 Mei 2009

BUKU TERBARU ALAF 21

TIADA YANG KEDUA



NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?



HANYA DIA TAHU

ARIANA melihat Nasuhah sangat sepadan dengan abangnya, Zaen Luthfi seorang pengurus muda. Sebagai seorang adik yang nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi Nasuhah dan menghamburkan kata-kata yang nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. Sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba untuk mendekati Nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya untuk menyelesaikan masalah yang melanda. Namun, huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak-balik.Walau bagaimana payah pun, Nasuhah mesti berani membuat keputusan yang bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta orang yang sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yang tidak pernah wujud di hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.